Ifa Raziah menampilkan ramai selebriti terkenal di event hebat ini.

Oleh : Syed Wafa

Selebriti terkenal, Ifa Raziah mengesahkan pelakon yang sedang kontroversi, Ruhainies menarik diri daripada menyertai karnival beli-belah, Starvendors (SV) Mega Raya Festival di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, mulai 29 Mac akan datang.

Ifa yang juga penganjur acara berkenaan menjelaskan keputusan itu dibuat Ruhainies sendiri rentetan kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon berasal dari Singapura, Aliff Aziz di sini, minggu lalu .

Ifa atau nama sebenar, Saripah Raziah Mustapha, 49, memberitahu, daripada maklumat diperoleh, Ruhainies tidak mahu kontroversi yang menimpanya, menjejaskan SV Mega Raya Festival yang berlangsung empat hari itu.

Pada hantaran Instagram Story (IGs), Ifa berkongsi tangkap layar, iaitu maklumat diterima daripada Ruhainies berhubung penarikan dirinya daripada menyertai SV Mega Raya Festival.

Ruhainies antara lain menyatakan:

“Salam semua, Anis (Ruhainies) sudah ‘inform’ (maklumkan) Kak Ifa yang Anis tarik diri. Don’t worry (jangan risau) tau. Anis sudah lama fikir sebab Anis tak nak kerana Anis, bisnes orang lain yang affected (terima kesan).

“Anis totally understand (faham sepenuhnya). Insya-Allah, ada rezeki Anis di tempat lain. Semoga kita semua dimurahkan rezeki.

“Insya-Allah, ada rezeki, kita jumpa lagi. Salam Ramadan,” tulisnya.

Bella Astilah antara selebriti terkenal menjual produk sendiri di event tersebut.

Sebelum ini, Ifa berharap netizen tidak memboikot dirinya dan SV Mega Raya Festival berikutan pembabitan Ruhainies pada acara berkenaan.

Ifa dilapor berkata, sebagai penganjur, dia perlu bersikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Terdahulu, netizen menyelar tindakan Ifa yang mengekalkan Ruhainies sebagai salah seorang selebriti yang terbabit dalam SV Mega Raya Festival, biarpun aktres terbabit terpalit kontroversi ditangkap khalwat bersama Alif pada 8 Mac lalu.

Manakala Bella Astilah turut terlibat dalam event tersebut dengan menjual produk keluaran beliau sendiri. Pasti peminat tidak sabar bertemu dengan Bella di event yang meriah ini.

Previous articleJom iftar Rasa Rosz dapat sambutan hangat
Next articleMulianya hati Tyzo & Putra Amaris beramal di bulan Ramadan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here