Oleh: Wawa Najwa

SEMPENA Ramadan ini, stesen radio Suria FM menyajikan pelbagai pengisian menarik menerusi kempen Raikan Yang Dirai sepanjang Ramadan ini dengan penganjuran program “Ybae Suria Masuk Kampung” bermula 16 Mac 2024 sehingga 30 Mac 2024.

Barisan penyampai Suria seperti Dato’ Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin akan hadir memeriahkan acara di beberapa lokasi terpilih seperti di Pulau Pinang (16 Mac), Muar, Johor (23 Mac) dan Lembah Klang (30 Mac).

Penyampai Suria akan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai sempena program “Ybae Suria Masuk Kampung” .

Untuk lokasi pertama, penyampai Suria bersedia untuk turun padang bagi menyantuni penduduk sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang bertempat di Masjid Al-Jamiul Badawi.

Acara akan bermula seawal jam 10 pagi itu akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya rewang bersama penduduk, pengagihan bubur kanji, berbuka puasa, solat tarawih berjemaah.

Sementara itu, bagi menjayakan kempen #SuriaKongsiRezeki, Suria FM turut menyerahkan sumbangan kepada pihak masjid serta kanak-kanak dan warga emas yang hadir.

Suria FM juga ada menganjurkan program “Suria Belanja Makan”, baru-baru ini.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), program bertujuan untuk mengimarahkan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan berkongsi rezeki selain menghargai kesetiaan pendengar setia sekali gus mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara penyampai dan pendengar Suria FM.

“Di kesempatan ini juga, saya mewakili seluruh warga kerja Suria FM ingin mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua khasnya untuk pendengar setia kami di mana pun mereka berada.

Dari kiri, Ajak, Kai Hassan dan Fizz Fairuz gembira dapat bertemu dengan pendengar Suria FM.

“Buat pendengar Suria di Selatan tanah air, nantikan kedatangan penyampai Suria pada Sabtu (23 Mac 2024) bertempat di Masjid Sg Abong, Muar, Johor,” ujarnya.

Selain itu, Suria FM dan FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) sekali lagi jalin kerjasama menerusi program “Suria Belanja Makan” yang telah diadakan pada 9 Mac lalu, bertempat di Pasar Tani Bandar Tasik Permaisuri, bersempena sambutan ‘Semarak Ramadan Madani Peringkat Kebangsaan’.

Acara yang bermula seawal jam 9 pagi itu, pengunjung dihadiahkan goodie bag percuma berisi produk Agro Madani dan barangan eksklusif Suria serta berpeluang beramah mesra bersama penyampai Morning Morning Suria, Dato’ Fizz Fairuz, Ajak dan Kai Hassan.

Previous articleRahsia Ezad Lazim terus bertahan!
Next articleSalma Asis kembali “Atas Nama Cinta”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here