Single Cinta Agung duet Alha Alfa dan Zara Zya.

Oleh Wawa Najwa

Usahawan produk kecantikan tanah air, Dato’ Seri Alha Alfa, bersama-sama pelakon terkenal, Zara Zya tampil romantis bersama dalam sebuah nukilan istimewa berbentuk lagu berjudul ‘Cinta Agung’.

Lagu ‘Cinta Agung’ adalah ciptaan penyanyi-penulis lagu berbakat, Yuka Kharisma, Senna dan Daniesh Sufian yang telah pun berada di pasaran sejak 28 Disember 2023 lalu.

Single ‘Cinta Agung’ yang yang dilancarkan kira-kira dua bulan lalu sudah pun memperoleh hampir 110,000 tontonan di YouTube.

Persahabatan antara Alha Alfa dan Zara Zya diabadikan dalam lagu Cinta Agung.

Ditanya mengenai perkembangan terkini tentang dirinya, Alha Alfa berkata, dia bersyukur dengan kelahiran single pertamanya bersama Zara Zya.

“Alhamdulillah di atas kelahiran single duet ini bersama Zara Zya, selain itu saya juga sibuk untuk melancarkan produk terbaharu jenama Alha Alfa.

“Syukur diatas sambutan yang amat baik oleh pendengar, rata-rata memberikan komen yang positif kerana mereka sukakan karya daripada kami berdua yang bukannya dari kalangan penyanyi profesional tetapi saya yakin lagu ini mampu memberi ketenangan dan semangat buat halwa telinga orang yang mendengarnya.

“Di antara komen yang saya terima adalah lagu ini memberi pengajaran serta semangat, terutama buat mereka yang berada dalam perhubungan untuk menyayangi serta mencintai seseorang bahawa tiada kesempurnaan dalam percintaan,” katanya terus terang.

Tambah Alha, beliau aktif menceburkan diri dalam bidang seni seperti nyanyian, sekadar ingin mencuba nasib. Lagipun lagu ini mempunyai maksud yang istimewa buat dirinya sendiri.

‘Cinta Agung’ adalah ciptaan penyanyi-penulis lagu, Yuka Kharisma, Senna dan Daniesh Sufian.

“Dalam hidup pasti akan ada orang lain yang menyayangi kita dalam diam dan tiada cinta yang sempurna melainkan cinta yang Maha Agung.

“Cinta saya kepada Zara Zya hanyalah sebagai sahabat baik kerana kami mengenali hati budi masing-masing selain menghargai bakat yang dikurniakan oleh Tuhan, lagu ini akan kami simpan sebagai kenangan untuk masa depan kami berdua, dan mungkin dengan cara ini kami lebih menghargai hubungan persaudaraan ini.

“Saya berharap agar lebih ramai yang mendengar dan menyokong lagu ini, semoga ia memberi impak yang baik pada diri, dan sentiasalah bersemangat untuk meneruskan kehidupan cinta kita semua,” katanya.

Lagu ‘Cinta Agung’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala video muzik single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Alha Alfa.

Previous articleRisiko air ketuban kurang boleh membawa maut bayi dalam kandungan (Bahagian 1)
Next articleKuza hadapi dugaan dengan tabah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here