Oleh Asmat Fikri

Air ketuban merupakan cairan yang melingkupi bayi di dalam kandungan selama kehamilan. Fungsi air ketuban sendiri adalah melindungi janin dari cedera, infeksi, sekaligus memberikan ruang bagi janin untuk ‘tumbuh’ dan berkembang dengan baik.

Dr. Zubaidi Ahmad menerusi laman facebook miliknya menjelaskan maksud air ketuban atau air tuban sebenarnya adalah cecair yang berada dalam kantung bayi bagi melindungi bayi dari gegaran. Menurut beliau juga, air ketuban ini mula dikesan ketika bayi (pada masa itu dinamakan janin) berusia kira-kira dua minggu selepas disenyawakan. Ia berasal dari cecair ibu yang menghamilkan janin tersebut.

Namun selepas 10 minggu, ginjal bayi mula terbentuk. Bayi mula menghasilkan air kencing. Air kencing inilah yang berkumpul dan membentuk air tuban. Pada usia kehamilan 20 minggu, lebih banyak air tuban dihasilkan apabila ginjal bayi berfungsi sepenuhnya. Air ketuban berwarna jernih, sedikit kekuningan seperti mana air kencing kita.

Image by prostooleh on Freepik

Jadi, jika bayi dalam keadaan stres (selalunya disebabkan kekurangan oksigen atau nutrien) bayi mengalami degupan jantung yang sangat laju dan bayi akan berak. Najis ini dinamakan meconium. Dan paling bahaya jika meconium (najis bayi) dalam air ketuban masuk ke dalam paru-paru menyebabkan bayi mengalami kesukaran bernafas apabila dilahirkan nanti.

Fungsi air ketuban

Terdapat banyak fungsi air ketuban, antaranya ketika dalam kandungan adalah;

  1. Melindungi janin dari hentakan dan tekanan luar.
  2. Memberi ruang bayi untuk bergerak
  3. Mencegah jangkitan pada janin/bayi.
  4. Menyokong perkembangan paru-paru.
  5. Menyokong perkembangan otot dan tulang.

Aras bacaan air ketuban yang normal adalah seperti berikut;

• 60 ml masa kandungan berusia 12 minggu
• 175 ml pada usia kehamilan 16 minggu
• 400–1.200 ml pada minggu 34–38
• 600 ml pada usia kehamilan 40 minggu

Illustration of a fetus in the 12th week of pregnancy on dark background.

Kondisi air ketuban

Sepertimana penjelasan dari Dr. Muhammad Izzat pula, air ketuban ini boleh terjadi dalam banyak keadaan. Iaitu ia boleh normal, ia boleh berkurangan dan boleh jadi juga air ketuban berlebihan. Setiap keadaan itu memberi kesan serta risiko yang berbeza kepada janin juga bayi dalam kandungan.

Antara istilah perubatan mengenai kondisi air ketuban ini adalah seperti berikut. Air ketuban/mentuban banyak dipanggil sebagai polyhydramnios. Air ketuban sikit dipanggil sebagai oligohydramnios. Kalau langsung tiada air ketuban dipanggil sebagai anhydramnios.

Air ketuban ini datangnya daripada air kencing bayi dan dari placenta (uri) dan sedikit komponennya datang dari kulit bayi itu sendiri. Air ketuban/mentuban sentiasa dalam keadaan keseimbangan di mana air mentuban ini akan diminum oleh bayi itu sendiri. Ibaratnya bayi tu hasilkan air mentuban sendiri dan air itu juga yang digunakannya untuk minum.

Jadi bagi membincangkan secara lebih lanjut mengapa air ketuban menjadi kurang dan sebab serta risikonya terhadap bayi, kita ketahui terlebih dahulu istilah air ketuban kurang ini dalam bahasa perubatan, iaitu oligohydramnios. Oligohydramnios ini tidak boleh dibuat main-main atau dianggap tidak serius, kerana ia boleh mengakibatkan kematian pada bayi.

Masalah ini lebih bahaya jika kes ini berlaku pada kehamilan yang berusia enam bulan pertama. Ia boleh meningkatkan risiko kecacatan pada bayi, keguguran, kelahiran pramatang (bersalin awal) atau bayi meninggal dalam kandungan.

Ibu hamil juga perlu tahu ciri-ciri air ketuban kurang, agar dapat mengenal pasti sendiri dan kemudiannya merujuk kepada doktor. Ciri-ciri air ketuban kurang adalah seperti berikut;

• Ada cairan keluar dari vagina
• Rahim tidak bertambah besar sesuai dengan perkiraan
• Gerakan bayi berkurangan
• Berat badan ibu tidak bertambah seiring dengan usia kehamilan
• Denyut jantung bayi tiba-tiba perlahan

#Ikuti sambungan dalam artikel akan datang mengapa air ketuban kering.

Previous articleKhasiat dan kebaikan timun batang
Next article‘Cinta Agung’ lambang persahabatan Alha Alfa dengan Zara Zya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here