Image by jcomp on Freepik

Oleh Asmat Fikri

Masalah kesuburan bukanlah masalah yang ganjil dalam kalangan masyarakat kita. Ia sering menjadi perdebatan atau persoalan terutama dalam kalangan mereka yang telah berkahwin namun lambat mendapat rezeki zuriat. Kelewatan hamil selepas mendirikan rumah tangga sering diaju dengan pelbagai persoalan hinggakan ada yang beranggapan pasangan itu terutama si isteri tidak subur.

Sedih? Pastinya sedih bila diasak dengan persoalan demi persoalan, hinggakan boleh mengalami kemurungan. Seakan menjadi satu kesalahan besar pula apabila lambat mendapat zuriat. Begitulah keadaannya hidup bermasyarakat. Namun, walau apa pun yang dilalui, pastinya perlu ditempuhi dengan sebaik-baiknya.

Berbalik kepada persoalan kesuburan, ramai yang mendakwa dan menuduh orang itu dan orang ini tidak subur. Walhal, kebanyakan mereka tidak mempunyai ilmu yang betul tentang ketidaksuburan terutama yang melibatkan wanita.

Woman suffering from a stomach pain
Photo by Sora Shimazaki on Pexels

Tanda Wanita Tak Subur

Menurut laman Hello Doktor, terdapat banyak tanda wanita yang tidak subur oleh dilihat dan diambil perhatian. Antaranya adalah seperti berikut:

• Perubahan Kitaran Haid

Kebanyakan masalah kesihatan seperti haid datang lambat atau haid lebih banyak berbanding biasa boleh menjadi petunjuk kepada ketidaksuburan seseorang wanita.

Situasi lain yang berkaitan dengan kitaran haid adalah seseorang wanita itu didatangi haid setiap bulan, tetapi tidak mengalami ovulasi. Ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita mempunyai tanda-tanda ovulasi tidak teratur.

• Haid Tidak Datang Langsung

Salah satu sebab tidak subur adalah haid langsung tak datang atau terhenti.

• Sakit Ketika Datang Haid

Sakit ketika datang haid juga salah satu tanda wanita tak subur. Ramai wanita yang sakit ketika datang haid beranggapan itu normal dan sekadar senggugut biasa. Namun penting untuk berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri ada masalah lebih besar.

• Rambut Hilang Atau Semakin Menipis

Masalah kehilangan rambut berkait rapat dengan masalah hormon dan juga ketidaksuburan. Jadi, jika anda mempunyai masalah dengan rambut, anda perlu melakukan pemeriksaan segera dengan doktor.

• Nafsu Seks Turun Mendadak

Tidak ingin kepada hubungan seksual antara suami dan isteri juga merupakan salah satu tanda wanita itu tidak subur. Selain stres atau kemurungan, endometriosis juga boleh menjurus kepada menurunnya keinginan untuk melakukan seks atau membuatkan seks menjadi amat menyakitkan.

Justeru, jika terdapat tanda-tanda seperti di atas, haruslah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Jangan dibiarkan dan menganggap masalah yang dialami itu adalah normal.

Kenali Punca Wanita Tidak Subur

Selain mengetahui tanda, perlu juga untuk kita sebagai wanita mengetahui juga punca atau faktor kenapa dirinya boleh menjadi tidak subur.

Mungkin ada di antara punca-punca ini yang kita sedang alami namun tidak menyedarinya. Jika ada, samada kita boleh menghindarinya atau mengelak daripada berlaku.

Kenali punca-punca seseorang wanita itu tidak subur seperti yang dikongsi oleh Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi.

• Stres atau Tekanan

Stres akibat gaya hidup seharian dan pekerjaan memainkan peranan besar dalam masalah ketidaksuburan.Ianya bakal menyumbang kepada gangguan hormon dan ovulasi, menurunkan produktiviti dan frekuensi hubungan suami isteri.

• Masalah Ovulasi

Ada wanita yang mempunyai masalah kegagalan untuk mengeluarkan telur daripada kilang ovari pada waktu tertentu ataupun dikenali sebagai masalah ovulasi.Ia biasanya disebabkan oleh gangguan hormon wanita.Keadaan ini bakal membawa kepada suatu keadaan yang dinamakan “polycystic ovary” di mana wanita ini akan mempunyai ovari yang bengkak disebabkan telur yang terperangkap.Masalah gangguan pengeluaran telur ini juga mungkin boleh disebabkan oleh kandungan hormon susu ataupun prolactin yang tinggi ataupun dipanggil ‘hyperprolactinemia’dan juga masalah tiroid (hipo atau hipertiroid).

Wanita yang mengalami masalah ini biasanya menunjukkan gejala haid yang tidak teratur, seperti jarang-jarang berlaku ataupun tidak datang langsung dan juga berlaku peningkatan berat badan secara mendadak.

• Saluran Telur Tersumbat

Saluran telur yang tersumbat menyebabkan sperma tidak mampu bertemu dengan sel telur sehingga menghalang dari terjadinya kehamilan.Pakar akan melakukan pemeriksaan seperti x-ray atau melalui kaedah laparoskopi bagi mengesan masalah ini.

• Telur Tidak Normal Atau Lemah

Walaupun ovari mempunyai beribu- ribu telur, namun tidak semua dari telur ini sesuai untuk disenyawakan kerana bersifat lemah ataupun abnormal.Telur perlu berada dalam bentuk yang normal, sihat untuk berjaya disenyawakan.

Sekiranya anda mempunyai kualiti telur yang tidak baik, sukar untuk anda hamil.

• Kelainan Pada Sel Telur

Kelainan pada sel telur dapat mengakibatkan infertiliti yang umumnya merupakan manifestasi dari gangguan proses pelepasan sel telur (ovulasi).Lapan puluh peratus penyebab gangguan ovulasi adalah sindrom ovarium polikistik.

• Endometriosis

Secara saintifiknya endometriosis menjelaskan mengenai selaput rahim yang tumbuh di luar daripada rahim seperti usus, pundi kencing, salur kencing, tiub falopian dan bahagian lain di luar kawasan pelvik.Ianya bukan senggugut, tetapi senggugut yang teruk ialah simptom endometriosis.Masalah ini menyumbang 1/3 daripada punca ketidaksuburan di kalangan wanita. Pesakit akan mengadu mengenai kekejangan, kesakitan bahagian bawah belakang dan pelvik manakala kesakitan itu makin teruk dari semasa ke semasa.

• Berat Badan Berlebihan

Menurut kajian yang dilakukan,berat badan berlebihan mampu menggugat kesuburan seseorang wanita.Jadi,jaga berat badan anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan juga bersenam.

#Ikuti sambungan artikel akan datang cara mengira waktu subur seseorang wanita itu.

Previous articleKebaikan dan khasiat Saffron
Next articleErma Fatima bakal akhiri kerjaya seni?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here