Catatan ke 3
Oleh Datuk Sri Rozita Ramelan
Mata terpisat-pisat kelat. Di mana kah kita? Dah sampai Kuala Lumpur (KL) ke? I must have fallen asleep. Apabila mata terbuka luas, terpancar keindahan lampu-lampu di jalanan. Jakun sebentar, muka di keluarkan dari tingkap, untuk melihat keindahan Kuala Lumpur.
Oh… Inilah KL. Terpesona kerana tidak pernah di besarkan dengan lampu eletrik. Di rumah Nenek Medan, semuanya pakai lampu minyak tanah.
Malam hari sentiasa malap, sebelum tidur saya akan leka sehingga terlena melihat bayang-bayang api menyala, lenggang-lenggok seperti menari dek kerana tiupan angin. Hmmmm… Rasa rindu di kampung yang nyaman.
Wow!!!! Tergamam kagum dengan bangunan tersergam indah. Tidak pernah seumur hidup melihat bangunan secantik ini. “Mak! Mak! Bangunan apa tu? Besarnya… Cantiknya…”, saya jadi sangat teruja.
“Ini Angkasapuri. Pejabat. Cantik kan? Tok Alang punya pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang. Tak pasti kita lalu ke tak ni nanti. Kalau lalu Mak tunjuk”.
Tok Alang adalah abang dan juga pakcik kepada Mak. Mak dibela oleh Nenek Lamah. Sejak bayi Nenek Lamah ambil mak. Saya kadang-kadang confuse dengan semua orang-orang tua di sekeliling saya. Mak seperti adik bungsu Tok Alang, beza umur 20 tahun.
Nenek Lamah telah mengambil mak saya, Jaliah semasa mak baru tiga hari di lahirkan untuk dipelihara di Kampung Linau.
Tok Piah dan atuk tidak mampu untuk memelihara Mak kerana kemiskinan dan mereka telah ada dua orang anak, Jamilah dan Jasni. Pada masa itu atuk Mat bekerja mencari dan menjual kayu api di pekan Pontian Kecil. Jaliah telah dibesarkan sebagai anak dan adik kepada Tok Alang.
Semasa Tok Alang belajar, Tok Alang bekerja sambilan dan dapat membantu nenek Lamah dan suaminya moyang Rahmat dengan menghantar duit ke kampung.
Tok Alang, anak orang kampung Linau Batu Pahat, bersekolah awal di High School Batu Pahat. Oleh kerana polisi kerajaan Malaysia yang membiayai anak bijak pandai, Tok Alang dapat biasiswa belajar di Kanada. Saya adalah generasi keenam dalam aliran keluarga kami.
Apabila Tok Alang sudah bekerja, Tok Alang bawa mak saya dan nenek Lamah ke KL tinggal bersama dengan Tok Alang dan isterinya Patricia, atau panggilan manjanya Pat. Patricia adalah warganegara Kanada dan fasih berbahasa Perancis. Mak saya juga fasih berbahasa Inggeris dan Perancis, akan tetapi apabila pindah bersama Ayah di kampung, Mak jarang bertutur bahasa Inggeris.
Mak sangat sayang dengan Tok Alang. Tok Alang juga sangat Mak hormati kerana disiplin, cara kerja dan usaha gigih beliau untuk mengubah nasib keluarga. Tok Alang dan Tok Pat juga sangat mengasihi Mak. Mungkin kerana Mak seperti adik yang bungsu dan pandai mengambil hati. Mak juga sangat kelakar orangnya. Ketawanya yang terbahak-bahak sentiasa membuat orang lain ketawa. Sikap Mak yang sentiasa baik hati, positif dan ringan tulang, menjadikan Mak disayangi oleh Tok Alang.
Apatah lagi apabila Nenek Lamah tak pernah berenggang dengan Mak. Segala resipi lauk pauk yang enak, semua nenek Lamah turunkan pada Mak.
Asal usul saya yang unik membuatkan saya bercampur gaul dengan semua bangsa, umur dan kaum. Saya generasi yang ke enam dari keluarga kami di Malaysia, bermula sejak tahun 1800, kira-kira 200 tahun dahulu.
Generasi pertama Moyang Soleh datang dari Semarang pada tahun 1823.
Tok Alang atau nama sebenar beliau, Datuk Abdul Rahim Bin Rahmat, generasi ke empat.
Mak saya Jaliah generasi yang kelima
Dan saya generasi yang ke enam.
Moyang Soleh datang dari Jawa pada 1850-an bekerja di Gambier plantations of Syed Al Sogaf in Pontian Johore on Temenggong Ibrahim lands.Tok Alang grandfather, Hj. Asral meneroka dan founder of rubber holdings di Gombak Peserai pada 1880-an.
Tok Alang father, Rahmat opened up coconut holdings in Berong Laut, Parit Botak with Pak Mat Chokeng. Chokeng adalah kaum Cina sahabat baik Moyang Rahmat (suami nenek Lamah). ChoKeng Memeluk Islam sebelum terjadi perang perkauman May 1963. Moyang Rahmat sanggup di bunuh untuk melindungi sahabat baik beliau pada ketika itu. Oleh kerana sayang nya ChoKeng pada Moyang Rahmat, ChoKeng kahwinkan anak lelakinya dengan anak Moyang Rahmat dan nenek Lamah yang bungsu. ChoKeng meninggal dunia di atas pangkuan Moyang Rahmat.
Tok Alang pergi ke Canada dan belajar pertanian dan memperolehi Ijazah BSc Agriculture, dan kemudian meneruskan pembelajaran beliau dalam Master dan memperolehi MSc. Agribusines . Tok Alang teruskan lagi belajar dan memperolehi PHD, Doctorate Agrotech Entrepreneurship.
Tok Alang sangat dihormati dalam karier beliau sebagai pegawai pertanian in the Department of Agriculture in 1970, kemudian di naikkan pangkat sebagai CEO di NAFAS corporation in 1985. Disiplin dan usaha gigih Tok Alang diiktiraf dan beliau di naikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah di Lembaga Pertubuhan Peladang pada tahun 1994. Tok Alang juga Nominee Director PNB and Prof. Adjunct UPM.
He founded Smart Farm Agritech. Smart Farm Agritech is involved in precision farming technology for present and future farming.
Mak sentiasa memandang Tok Alang sebagai sumber inspirasi saya. Saya pasti Mak teruja Ayah mahu sambung belajar dan dengan itu saya dapat tinggal dengan Tok Alang.
Tok Alang akan jaga kami sementara ayah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan di KL.
Saya tak kisah. Kalau Mak dan Nenek Lamah ada bersama saya tinggal di mana-mana pun tak apa.
“Sampai dah kita, Alhamdullillah”.
Saya dimandikan nenek Lamah, dan selepas makan malam, nenek seperti biasa akan dodoikan saya dengan cerita-ceritanya yang sangat menghiburkan.
“Hari ini, Ita nak Batu Belah Batu Bertangkup nenek”, minta saya sambil memeluk beliau.
“Baiklah. Pada suatu zaman dahulu tinggal satu keluarga bernama Mak Tanjung bersama dua anaknya Melur dan Pekan… “
Belum habis bercerita, saya terlena dalam dakapan nenek.
Sambungan akan datang ….