Oleh : Nafsiah Jani

Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina, Restoran Rasa Rosz yang terletak di AEON Big, Wangsa Maju turut menawarkan set hidangan Crispy Buttermilk Chicken berserta air terpilih pada harga yang berpatutan iaitu RM28.80.

Hidangan Crispy Buttermilk Chicken bersama nasi ini cukup enak dimakan kerana kuah buttermilk yang sungguh sedap dan begitu juga dengan potongan ayamnya yang cukup besar.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, sempena Tahun Baharu Cina ini pihaknya memilih untuk mempromosikan hidangan begini.

“Mungkin selepas ini setiap musim perayaan saya akan fikirkan untuk hidangan set promosi bagi sambutan Hari Raya…mungkin ayam percik, Hari Natal, Deepavali dan lain-lain perayaan yang negara kita sambut. Promosi ini akan berakhir sehingga 29 Februari ini. Kalau ada permintaan, mungkin kami akan lanjutkan lagi tarikh promosinya.

Hidangan Crispy Buttermilk Chicken yang sungguh lazat.
Hidangan set Crispy Buttermilk Chicken bersama Peach Lychee.

“Kami juga ada menyediakan set minum petang hidangan kuih melayu bersama teh tarik dan kopi O. Dimana pelanggan boleh menambah air secara percuma pada harga RM9.90 sahaja.

“Selain set promosi ini, kami juga menyediakan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba. Antara menu yang ditawarkan adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi menu yang sedap.”

Air Sunset Soda
Air Sweet Splash
Air Peach Lychee

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand. Rasa Rosz mengorak langkah menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Apa lagi datanglah beramai-ramai ke Restoran Rasa Rosz menikmati hidangan yang disediakan. Anda pasti berpuas hati kerana masakannya yang sedap dan enak hingga anda menjilat jari. Cuba jangan tak cuba.

Previous articleErti Cinta Sejati!
Next articleDi sebalik jelingan manja Seniwati Rahmah Rahmat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here