Penganjur bergambar kenangan bersama artis yang terlibat.

Oleh Syed Wafa
Foto Kamarul @ Atoi

‘Konsert Makan Malam (A.M.A.L) Anugerah Malam Amal Legenda’ yang dianjurkan oleh syarikat AS Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Koperasi Usahawan Intelektual Siswazah Malaysia Berhad yang akan diadakan pada 3 Mac 2024 (Ahad) bertempat di Hotel Whyndam Klang Selangor.

Bertajukkan A.M.A.L bukannya bermaksud untuk meminta derma atau meminta simpati daripada masyarakat, yang secara tidak langsung akan menjatuhkan maruah atau mengambil kesempatan ke atas insan yang dikenali sebagai anak seni yang pernah popular seketika dahulu dan kini kurang bernasib baik, ianya bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengaunugerahan khusus ke atas jasa mereka selama ini yang pernah menghiburkan masyarakat secara umumnya yang sepatutnya diberikan pengiftirafan dan penghargaan yang sewajarnya.

Pastinya program ini secara tidak langsung memberi peluang, ruang dan pentas bagi mereka untuk beraksi kembali dan mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan mereka dan
terus berkarya bagi meneruskan kehidupan yang lebih sempurna
dengan gabungan dan kerjasama dari artis ternama yang masih
relevan sehingga kini.

Man Kidal terharu sahabat artis sudi menjayakan konsert amal ini.

Diharapkan program yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama dari pelbagai pihak ini akan menjadi titik tolak memacu wacana kerja amal sepadu ini seiring dengan tujuan sebenar yang berkonsepkan “Tiada Siapa Yang Dipinggirkan” yang boleh membuka mata kepada lapisan masyarakat dan pihak-pihak yang berkenaaan untuk sama-sama membina nilai kemasyarakatan dan penjanaan ekonomi haruslah seiring dan bergerak secara selari demi kemakmuran dan kehidupan yang lebih berharga dan mapan menghadapai cabaran kehidupan yang semakin mencabar kini.

Untuk program ini mencapai misi dan visinya, seharusnya kita semua pihak sama-sama menggembling tenaga dan usaha ke arah kehidupan yang lebih sempurna dengan konsep “tiada siapa yang dipinggirkan”. Sebagai sebuah masyarakat majmuk yang merupakan aset negara yang perlu diharmonikan.

Ifa Raziah dan Noraniza Idris tidak sabar beraksi di konsert hebat ini.

Doa dan harapan supaya program ini akan menjadi program yang berterusan dan mendapat sokongan serta sambutan yang luar biasa baik, dari semua pihak demi kepentingan bersama yang membawa impak pemahaman dan semangat jati diri serta pentingnya nilai perpaduan di hati mereka yang terlibat dan orang ramai dalam memacu pembangunan Malaysia Madani.

Untuk menyerikan lagi program ini, majlis akan dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah, pemberian wang tunai dan hadiah-hadiah menarik serta anugerah khas kepada mereka yang terlibat sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada mereka atas sokongan dan kerjasama yang telah mereka berikan samaada secara langsung ataupun tidak.

Persembahan Man Kidal yang memukau tetamu di sidang media baru-baru ini.

Pemuzik legenda, Man Kidal yang juga merupakan tulang belakang di sebalik konsert amal ini amat terharu ramai sahabat artis yang sudi menjayakan impian beliau dalam membantu artis yang memerlukan bantuan seperti Shima, Zaiton Sameon, Uji Rashid dan ramai lagi.

“Saya pernah susah dan bila dapat membantu artis yang memerlukan bantuan sesuatu yang amat berharga dalam hidup saya,” kata Man Kidal sebak.

Barisan artis berhati mulia yang sudi menjayakan konsert amal ini.

Barisan artis terkenal yang sudah bersetuju menjayakan konsart amal ini antaranya Datuk Hattan, Man Kidal, Ifa Raziah, Noraniza Idris, Baby Shima dan Bob Sentuhan.

Maklumat lanjut atau pembelian tiket konsert amal ini boleh hubungi AS Travel & Tours di talian +6014- 6160356
Email : [email protected]

Previous articleJiwa seorang Freddie Fernandez
Next articleKetika kita resah….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here