Oleh Asmat Fikri

5 sebab kenapa perlu jalani ujian pap smear

Menurut perkongsian dari Klinik Lunar di Kota Bharu, ada 5 sebab kenapa wanita perlu jalani ujian pap smear. Jom kita tengok perkongsian tersebut.

1. Mengesan Kehadiran HPV

Sampel yang diambil dari pangkal rahim akan dihantar ke makmal untuk uji kaji. Sebarang keganjilan pada sampel tersebut merupakan indikasi kehadiran Human Papilloma Virus (HPV). HPV adalah faktor risiko yang tinggi dalam ketumbuhan kanser servik.
HPV biasanya boleh dijangkiti melalui hubungan kelamin dengan individu yang dijangkiti virus HPV. Virus ini akan dihapuskan oleh sistem imunisasi dalam masa setahun ke dua tahun. Dalam keadaan yang tertentu, HPV boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan atau kanser servik.

2. Mengesan masalah pada peringkat awal

Pengesanan pada peringkat awal untuk sebarang keganjilan pada sel pangkal rahim adalah penting sebelum ianya berubah menjadi sel kanser.

3. Pap smear menyumbang kepada kesihatan yang menyeluruh

Pap smear juga boleh mengesan sebarang jangkitan kuman. Kebiasaanya jangkitan kuman pada peringkat awal boleh berlaku tanpa ada sebarang tanda. Rawatan yang diberikan pada peringkat awal mampu mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman yang lebih serius.

4. Sesuai untuk wanita di semua peringkat umur

Wanita yang berumur dari 20 hingga 30 tahun disarankan untuk melakukan Pap smear sekali bagi setiap 3 tahun. Wanita yang berumur dari 30 hingga 65 tahun pula digalakkan melakukan ujian ini sekali bagi setiap 5 tahun.
Untuk wanita 65 tahun dan ke atas, Pap smear dilakukan hanya apabila ada tanda-tanda keganjilan pada organ peranakan.

5. Risiko boleh disaring lebih awal dan dicegah

Risiko seperti sel prakanser di bahagian pangkal rahim, sejarah kanser servik atau sistem imunisasi yang rendah. Doktor akan menyarankan kekerapan untuk melakukan ujian Pap smear.

Kesan dan komplikasi pap smear

Sebahagian orang mengalami beberapa kesan sampingan dan komplikasi selepas habis melakukan ujian pap smear. Kesan pada setiap orang mungkin berbeza dan akan juga yang mengalami kesan yang serupa. Antara kesannya adalah:

• Mengalami sedikit pendarahan di faraj. Ini kerana mungkin terdapat luka pada rahim kesan dari kemasukkan alat ujian.
• Krem yang ringan selama prosedur itu berlangsung
• Alergik terhadap kelengkapan yang digunakan doktor selama ujian ini berlangsung.
• Gatal atau rasa pedih di vagina selama ujian berlangsung atau selepas itu.

Itu sebahagian kesan atau komplikasi yang sering diadukan oleh wanita yang telah menjalani ujian pap smear. Meskipun tampak seolah ujian itu tidaklah teruk atau berisiko, namun penting juga untuk kita dapatkan pemeriksaan doktor jika ianya berlanjutan. Ini kerana dikhuatiri akan membawa lebih mudarat jika dibiarkan.

Penutup

Sebagai seorang wanita yang mementingkan kesihatan, anda perlu lakukan ujian ini agar sebarang permasalahan dapat dikesan dengan lebih awal. Hal ini penting bagi mengesan sebarang ketidaknormal yang ada dalam badan kita. Jika ianya didapati terdapat masalah, semestinya doktor akan bimbing dan memberi rujukan bagi tujuan pemulihan.

Terdapat banyak klinik atau hospital yang menyediakan ujian pap smear kepada wanita. Ianya boleh dilakukan secara percuma di klinik kesihatan milik kerajaan atau hospital. Namun, pilihan juga ada buat mereka yang ingin melakukan di hospital atau klinik swasta. Antara hospital dan klinik yang menyediakan ujian pap smear adalah seperti berikut;

  1. Hospital KPJ Damansara Specialist – 03-7718 1000
    2. Hospital Perubatan UKM, Cheras – 03-9145 5555
    3. Klinik Siti Wangsa Setia – 019-611 6020
    4. Klinik Lunar Kota Bharu – 016-9954996
    5. Klinik Daddy Dataran Selayang – 019- 770 9972
Previous articleBenarkah ada amalan khusus bulan Rejab? (Bahagian 1)
Next articleKhasiat Limau Purut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here