Oleh Nafsiah Jani

Ultimate Titan Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), International Lighting Show dan Hallo Fight Club (Kelab Muaythai) akan menganjurkan Karnival Semarak Semenyih bermula pada 1 hingga 4 Februari 2024 di tapak Ecohill Walk Semenyih.

Karnival ini merupakan kesinambungan Karnival Semarak Bangi setelah menerima sambutan yang luarbiasa dengan kunjungan lebih 40 ribu orang pengunjung.

Pengarah Ultimate Titan Sdn. Bhd., Nik Baizura Datuk Sabiamad berkata, kali ini pihaknya menjangkakan kehadiran lebih 50 ribu pengunjung memandangkan pengisian karnival yang semakin meriah dan mampu menarik ramai pengunjung.

Pengarah Ultimate Titan Sdn. Bhd., Nik Baizura Datuk Sabiamad.

“Bukan sahaja pengunjung, kami juga turut berbesar hati mendapat kerjasama daripada pelbagai penaja seperti Arjunasukma, Syabab dan minyak wangi terkenal Iba dari Ahmad Iqbal.

“Kami mahu memupuk kebersamaan dalam mengadakan karnival berprestij tinggi ini bersama-sama belia setempat. Disamping memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan etnik, kami juga berhasrat membantu usahawan-usahawan yang terdiri daripada pelbagai golongan sekaligus meningkatkan ekonomi setempat.

“Disamping memperkenalkan industri sukan dan permainan tidak terkecuali industri hiburan tanah air dengan menampilkan usahawan-usahawan dalam kalangan artis-artis tempatan.”

Aida Aris antara artis yang meniaga di tapak Karnival Semarak Semenyih.

Karnival Semarak Semenyih yang dikuasakan App Proppy itu juga ingin membantu lebih ramai usahawan dalam membina platform niaga yang lebih baik dengan latar belakang lokasi yang dapat memuatkan lebih ramai pengunjung.

Menariknya lagi karnival ini juga turut membariskan artis-artis tempatan yang tak kurang hebatnya dalam industri seni. Peminat dapat beramah mesra dengan mereka sambil meluangkan masa membeli -belah pelbagai produk yang diniagakan selebriti-selebriti ini.

Zarina dengan pulut kuning dan rendangnya.

Antara mereka yang terlibat adalah Pempengaruh terkenal Ahmad Iqbal, Nash Lefhanded, Ezlynn Hi Hi Bye Bye, Nazia Mustapha, Zarina Zainuddin, Serina Chef Wan, Aida Aris, Raja Emma, Mami Dedi dan ramai lagi.

“Dengan mengadakan karnival ini, kami juga berpeluang mengetengahkan beberapa artis atau selebriti yang menceburkan diri dalam perniagaan. Diharap penganjuran karnival ini sekaligus membantu mereka untuk terus berada dalam industri secara konsisten di samping menjana pendapatan.” ujar Nik Baizura lagi.

Syura pun berniaga di sini.

Tambah Nik Baizura lagi, sambutan yang diterima daripada rakan penaja yang menaja aktiviti dan program memperlihatkan kejayaan yang dibuat sebelum ini oleh pihaknya di Bangi.

“Kami turut berbesar hati menerima tajaan dari syarikat terkenal seperti Dupharma Biotech Berhad (Champs & Proviton), Gtr Burger, Muiz Hot Chicken, G2g Animal Garden, Aurelius Nilai Hospital & Jtt Store.” .

Nazia Mustapha tak sabar jumpa peminat di sana.

Dalam Karnival Semarak Semenyih ini, program International Lighting Show juga akan diadakan secara besar-besaran dengan menghimpunkan ramai penggiat muaythai amatur dari seluruh Malaysia

Untuk kanak-kanak pula turut diadakan aktiviti dan pertandingan mewarna bersama Champs, peragaan fesyen, pertandingan Karok Junior Dan Duo, pertandingan azan dan iqamat serta banyak Lagi.

Selain gerai jualan barangan, gerai makanan juga tidak terkecuali meriahnya. Tidak ada makanan tak meriahlah karnival tersebut. Kali ini lebih 100 vendor gerai makanan dan minuman viral turut mengambil bahagian.

Selepas Semenyih, karnival ini akan diteruskan hingga ke Kajang iaitu Karnival Semarak Kajang pada 29 hingga 3 Mac di Stadium Kajang. Karnival ini juga akan memulakan siri jelajah karnival ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

So tunggu apa lagi… jomlah kita beramai-ramai ke tapak Karnival Semarak Semenyih bertempat di Ecohill Walk Semenyih 1 hingga 4 Februari ini.

Previous articlePEMEKAR raikan artis 70-an, 80-an dan 90-an
Next articleTawaran Tiket Serendah RM50 & RM40 Di Konsert Estranged Apa Khabar Teman?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here