Amir dan Zamani tidak sabar beraksi di 'Concert UK'Slam Musical'.

Oleh Syed Wafa
Foto Kamarul Bahrin Ismail

Pastinya dua penyayi legenda ini, Amir vokalis kumpulan UK’s dan Zamani vokalis dari kumpulan Slam sentiasa dirindui oleh peminat setia mereka bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura, Brunei dan Indonesia dengan lagu-lagu hit mereka yang sehingga kini menjadi malar segar.

Inilah saat yang ditunggu oleh peminat setia dua kumpulan legenda tanah air, UK’s dan Slam di mana mereka akan beraksi satu pentas pada 3 Februari akan datang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Zamberi Sahar atau lebih dikenali Bombay (duduk paling tengah) Produser konsert berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk menonton dua kumpulan hebat ini beraksi.

Melangkaui tiga dekad pembabitan mereka dalam dunia muzik di negara ini, UK’s dan Slam buat pertama kalinya dalam sejarah bakal digabungkan di atas satu pentas, dalam satu persembahan yang sama (gabungan), akan membawa peminat-peminat mereka khayal dan menghayati alunan lagu dan muzik sambil mengimbau kembali nostalgia bersama dalam “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” akan datang.

Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.

Suara Amir masih seperti dulu.

Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum).

Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi) dan Shafiq (gitar).

Zamani masih mantap.

UK’s dan Slam menyifatkan, lamaran untuk mereka bergabung dalam satu persembahan di satu pentas yang sama merupakan satu kelainan dalam sejarah penglibatan karier mereka dalam mengadakan konsert. Peluang yang diberikan ini dianggap begitu berharap dalam kerjaya seni mereka.

Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melaui elemen visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama-sama di dalam persembahan oleh kedua-dua kumpulan hebat ini.

Amir dan Zamani tekun melakukan latihan untuk konsert hebat ini.

“CONCERT UK’SLAM MUSICAL” kali ini, akan menyajikan kelainan rasa dalam persembahan di mana ia akan dibahagikan kepada beberapa segmen. ‘Magis’ yang akan ditonjolkan bagi persembahan kali ini adalah ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik yang akan dimulai dengan susunan irama akustik.

Uk’s dan Slam tidak sabar beraksi untuk peminat setia mereka.
‘Gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini seterusnya akan membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energatik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’SLAM bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan.

Kumpulan UK’s dan Slam dikenali dengan alunan lagu-lagu yang membelai jiwa yang bertenaga dengan alunan vokal yang lunak, merdu dan mendayu-dayu, disamping pemilihan lagu yang tepat antara himpunan lagu-lagu mereka yang menjadi siulan dan kegilaan para peminat mereka adalah sangat penting bagi persembahan ini.

Selain bernostalgia, konsert ini dijangkakan akan menjadi sebuah persembahan yang penuh malar segar dengan memori dan kenangan buat peminat mereka. Oleh itu, persembahan ini akan menghidangkan himpunan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai all-time favourite bagi kedua-dua kumpulan seperti Rytham Si Jantung Hati, Untuk Apa, Di Luar Kemampuanku, Cintaku, Pahit Akan Manis Akhirnya , Kembali Mencari, Kekasihku Di Menara, Seksa, Kau Satu Satunya, Rondo Cinta Buta, Minda Dan Jiwa, Siapa Yang Rampas Cintaku, Nafas Orang Kota, Bila Diri DiSayangi, Di Sana Menanti Di Sini Menuggu, Prosarasa dan Tergamak Kau bagi seleksi lagu kumpulan UK’s dan antara seleksi lagu-lagu kumpulan Slam adalah seperti Buat Seorang Kekasih, Gerimis Mengundang, Nurkasih, Kembali Merindu, Kembali Terjalin, Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Kita Terpaksa Bermusuhan, Maria Mariana, Manisnya Rindu, Falsafah Cinta, Satukan Hati Kita, Janji Di Pateri, Kurnia dan Bukan Niat Membalas Derita. Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segmen yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal.

Kedua-dua kumpulan bakal mempertaruhkan gaya persembahan masing-masing, tentunya akan memberikan kelainan kepada peminat kerana masing-masing ada aura dan kekuatan tersendiri daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmen solo.

Cabaran bagi Zamani untuk konsert ini kerana akan menyayikan lagu hit dari kumpulan UK’s, begitu juga Amir yang mengambil masa untuk menghayati lagu hit dari kumpulan Slam.

Konsert ini bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam dengan kapasiti 7,000 orang itu akan menghimpunkan para peminat UK’s dan Slam dari seluruh pelusuk negara untuk
menikmati persembahan mereka yang berskala besar di mana vanue ini telah terbukti berjaya dalam penganjuran konsert berskala besar bagi artis-artis di negara ini.

“Rugi peminat dua legenda serta dua kumpulan hebat ini tidak melihat mereka beraksi dalam satu pentas pada malam tersebut,” kata Zamberi Shaari atau lebih dikenali Bombay selaku Produser konsert untuk konsert yang bakal mencatat sejarah industri muzik tanah air.

Antara pihak media yang hadir memberi sokongan ketika sesi latihn baru-baru ini.

“CONCERT UK’SLAM MUSICAL” ini merupakan sebuah produksi Bombbay Legend Worlwide bersama AMIRUKS Entertainment dengan sokongan Johan Enterprise, Mewah Event Management, Mr Helibro, dan JBR Bundle sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan jualan tiket.

Tiket-tiket boleh didapati dengan melayari laman sesawang:
www.ilassotickets.com atau hubungi:
Tiket hotline: +60 11-1329 7822 (Whatsapp)
Tiket berharga:
GOLD – RM588 (Numbered Seating), SILVER – RM308 (Numbered Seating),
BRONZE – RM248 (Numbered Seating), YELLOW – RM408 (Numbered Seating).
RED – RM248 (Free Seating), BLUE – RM188 (Free Seating),
GREEN – RM108 (Free Seating), ORANGE – RM208 (Free Seating),
PURPLE – RM148 (Free Seating)

Paling istimewa 12 penonton bertuah yang membeli tiket konsert ini berpeluang memenangi untuk merasai menaiki helikopter bersama HELIBRO…tunggu apa lagi, jom dapatkan tiket anda sekarang!

Previous articleAbang Adik Terus Cemerlang Cipta Rekod Di Malaysia!
Next articleIsyarat Finger Cross Membawa Tuah? (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here