Woman s taking selfie
Photo by Craig Adderley on Pexels

Oleh Nafsiah Jani

Setiap wanita impikan untuk memiliki kulit wajah yang bersih, cantik,  putih dan tidak berkedut. Namun disebabkan tidak menjaganya sejak usia remaja ataupun silap memakai kosmetik yang bermerkuri akan membuatkan kulit wajah seseorang itu mudah berjeragat atau pigmentasi.

Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan di muka.

Jeragat ini disebabkan kulit muka seseorang itu banyak terdedah kepada pancaran cahaya matahari atau haba. Disebabkan itu, semua orang tak kira, wanita atau lelaki disarankan untuk memakai krim pelindung matahari ( sunscreen) bagi melindungi kulit wajah.

Jeragat adalah salah satu dari masalah yang dihidapi kulit wajah apabila terdapat tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka khususnya di dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut.

Tompokan ini berwarna coklat atau lebih gelap dari warna asal kulit sehingga boleh menampakkan perbezaan ketara pada tona kulit yang tidak sekata. Mereka yang berkulit cerah, tompok jeragatnya akan berwarna coklat. Manakala mereka yang berkulit gelap akan terdapat tompokan berwarna gelap.

Jeragat sebenarnya bukan di lapisan luar kulit muka, sebenarnya ia mempunyai akar hingga ke lapisan bawah kulit. Selain rawatan laser untuk menghapuskan akar jeragat, elok juga kita amalkan beberapa petua orang lama-lama bagi memudarkan atau menghilangkan jeragat dengan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di rumah.

Photo by Brianna Swank: https://www.pexels.com/photo/close-up-photo-of-person-s-eye-2087434/

Di bawah ini kami sertakan beberapa tips untuk membantu anda menghapus dan memudarkan jeragat di muka. Selamat mencuba.

  1. Jus bawang merah dapat menghilangkan pigmentasi secara kekal kerana bawang kaya dengan sumber C dan dapat menghalang kerja enzim untuk membentuk melanin. Parut bawang besar dan perah jusnya. Sapu jus bawang ini ke kawasan yang dipenuhi jeragat beberapa kali sehari. Amalkan selama 20 minggu. Hasilnya pasti menakjubkan dengan tona kulit, tekstur kulit juga semakin sekata dan jeragat juga semakin pudar.
  2.  Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk diminum malah ia juga mampu menghilangkan jeragat. Sifat antiradang yang terdapat didalamnya dapat mengurangkan iritasi pada kulit dan merawat masalah kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan pancaran cahaya dan merah pada kulit. Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, ambil uncang teh tersebut dan sapukannya pada kawasan muka yang berjeragat.
  3. Campuran susu mentah dan kunyit serbuk juga dapat membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan masalah muka yang berjeragat. Ambil satu sudu  kunyit dan sebatikan bersama susu mentah. Kemudian rendam kapas didalamnya dan sapulah kapas itu di muka yang berjeragat beberapa kali  sehari.
  4. Kandungan oat yang bersifat antiradang dapat menghilangkan parut dan bintik hitam di muka. Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam.oat juga dapat membantu merawat masalah kulit kering dan membuang sel-sel kulit mati.
    Caranya, campurkan tiga sudu besar oat bersama satu sudu madu, yogurt dan jus lemon. Jadikan campuran ini sebagai masker dan scrub muka dua kali seminggu.
  5. Betik mempunyai sifat pelunturan semula jadi dan mampu menjadikan kulit muka sentiasa lembap dan licin. Hancurkan betik masak dan lumurkan keseluruh muka yang bersih pada setiap hari. Anda pasti kagum dengan hasilnya. Selain menghilangkan jeragat, kulit muka juga akan bertambah cantik dan bersih.
  6. Khasiat cuka epal tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia boleh mencerahkan serta memudarkan tompokan hitam pada kulit wajah. Kandungan acetic acid di dalamnya juga dapat mengurangkan masalah jeragat yang dihadapi. Celupkan kapas dalam campuran cuka epal dan air. Kemudian sapu pada bahagian yang berjeragat dua kali sehari. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
  7. Gel aloe vera atau lidah buaya juga boleh memudarkan jeragat di pipi. Gosokkan gel aloe vera di muka yang terdapat banyak tompokan jeragat, sebanyak empat atau lima kali sehari. Setelah selesai, rehat seketika dan elakkan muka daripada terkena pancaran matahari. Kulit akan lebih segar dan tompokan jeragat juga dapat dikurangkan.
  8. Jus lemon juga dapat menghilangkan jeragat dan memudarkan parut jerawat. Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.
    Gunakan tiga sudu teh jus lemon dan sapukannya di kawasan muka yang berjeragat. Biarkan selama lapan ke 10 minit dan lakukannya, dua kali sehari untuk kesan yang terbaik.
  9. Kentang juga dapat membantu mengurangkan masalah kulit berjeragat. Campuran kentang dan baking soda juga dapat menghilangkan bintik-bintik gelap pada wajah. Ambil dua sudu serbuk penaik dan tambahkan sedikit jus kentang ke dalamnya untuk mendapatkan pes pekat. Kemudian, sapukan dibahagian yang ingin dirawat. Bila dah kering cucilah dengan air sejuk.
Previous articleObses kurus hingga mengalami Anoreksia Nervosa (Bahagian 1)
Next articleFasha Sandha ‘laris’ di pasaran kerana disiplin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here