Oleh Wawa Najwa

Baru-baru ini, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dengan kerjasama Integrated Pain International Network (IPIN) menganjurkan program kemasyarakatan, ‘Pain Free Camp 2023’ yang menawarkan rawatan percuma untuk mereka yang sakit sendi dan lutut.

Pada majlis penutup program tersebut yang berlangsung di Masjid Taman Cheras Jaya, lebih 100 pesakit dari golongan asnaf dan kumpulan B40 serta penduduk berhampiran hadir untuk mendapat pemeriksaan ‘ultrasound’ dan rawatan sakit sendi serta lutut secara percuma.

Program membabitkan 14 orang doktor atau pengamal perubatan yang telah menjalankan perkhidmatan lebih setahun dan ini merupakan ko-hort pertama yang mendapat pentauliahan dari Kursus Professional Certificate of Pain Management dari Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dengan kerjasama Integrated Pain International Network (IPIN) melalui Kynohaigo Education bermula 2023.

Dr Mohd Firdaus Musa.

Setelah menjalani pengajian selama setahun di atas talian dan kelas fizikal, 14 orang pengamal perubatan dari klinik dan hospital seluruh Malaysia ini turut terbabit dalam perlaksanaan ‘Program Free Pain Camp’ sebagai pengalaman dan pemahaman tentang ‘Pengurusan Kesakitan Musculoskeletal’, modul terakhir pembelajaran.

Menurut satu kajian, dianggarkan 9.3 peratus rakyat Malaysia dewasa menghidapi sakit lutut. Antara punca sakit lutut adalah disebabkan menopause, berat badan berlebihan, sendi semakin menipis, faktor usia, kecederaan bersukan, kemalangan dan sebagainya.

Delimawati turut menjalani pemeriksaan.

Pengerusi IPIN, merangkap Pegawai Eksekutif Perubatan Poliklinik Amal Medik, Dr. Mohd Firdaus Musa berkata, dalam tempoh sebulan lebih 2,000 orang mendapat rawatan.

“Kami mempunyai 13 buah cawangan Poliklinik di sekitar Lembah Klang, secara purata 2,000 hingga 3,000 orang yang mendapat rawatan dalam tempoh sebulan.

Dianggarkan 9.3 peratus rakyat Malaysia dewasa menghidapi sakit lutut.

“Data kami menunjukkan 50% hingga 60% pesakit mengalami pengurangan dan selebihnya akan dirujuk kepada doktor pakar disebabkan tahap yang agak serius,” katanya tentang program yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif/Naib Canselor UCMI, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman itu.

Turut hadir Pakar Perubatan Jabatan Anaestesiologi & Rawatan Rapi Hospital Taiping, Dr. Awisul Islah dan Nazir Masjid Taman Cheras Jaya, Tuan Haji Mohd Nasri Abd Hamid.

Ryan Fahmi Bakery turut hadir memberi sokongan.

Tambah Dr. Mohd Firdaus, kelangsungan dalam menunaikan tanggungjawab sosial, pihak IPIN dengan kerjasama Poliklinik Amal Medik juga turut membantu golongan kurang berkemampuan dari sudut khidmat nasihat bagi mendapatkan bantuan perubatan melalui zakat dan Baitulmal.

Menariknya, keberkesanan rawatan turut menjadi perhatian selebriti tempatan seperti Datuk Fauziah Nawi, Maimunah Ahmad (Mak Jah), Delimawati (Hantu Kak Limah), Raja Azmi, Ryan Fahmi Bakery dan lain-lain lagi.

Previous article‘Padam Dan Pergi’ Imran Ajmain dalam seni
Next articleErma Fatima ajak orang ramai sambut tahun baharu dengan program ilmiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here