Ziana Zain tidak sabar menghiburkan peminat.

Oleh Syed Wafa

Dia adalah seorang diva yang tidak perlu dipertikaikan kehebatan vokalnya. Dia adalah anak seni yang mempunyai bakat luar biasa dalam dunia nyanyian dan lakonan. Itulah Ziana Zain yang terus bangkit dari sebuah kegagalan rumah tangga.

Pastinya peminat setia Ziana Zain begitu gembira apabila CSA Academy mempersembahkan ‘Ziana Zain Konsert 2024’ yang akan berlangsung pada 25 Mei 2024.

Konsert ini akan menjadi konsert solo Ziana Zain selepas 22 tahun tidak beraksi lincah dan menawan para peminatnya di atas sebuah pentas bersifat mega.

Konsert yang dipersembahkan oleh CSA Academy selaku penaja utama konsert ini dianjurkan Anuar Zain Network Sdn. Bhd. dan Ziana Zain Network Sdn. Bhd. dengan kerjasama Altus ProHouse yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

CSA Academy dengan bangganya menjadi penaja utama konsert Ziana Zain kerana nilai-nilai peribadi dan kecemerlangan seninya sejajar dengan komitmen kami untuk masyarakat.

CSA Academy ialah organisasi pendidikan kewangan yang berpengalaman dan terunggul di Malaysia. Coach Kewangan CSA akan membantu kakitangan kerajaan dan kakitangan syarikat yang disenaraikan untuk bebas hutang dalam tempuh tiga hingga enam bulan. Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan.

Vokal Ziana yang mantap memukau tetamu.

“Ziana Zain telah dipilih sebagai kegemaran ahli Wira CSA kami. Kerjasama ini bukan sahaja sebagai penghargaan kami kepada ahli dan sumbangan budaya, tetapi juga mencerminkan komitmen kami dengan Ziana Zain terhadap tanggungjawab sosial. Ia juga merupakan satu penghormatan daripada kami untuk memberi sumbangan positif kepada masyarakat setempat, meningkatkan pengiktarafan jenama, dan mendapat pendedahan positif,” kata Dr. Jay Ong selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CSA Academy Sdn. Bhd.

Penghibur yang mendapat gelaran Diva Pop itu kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi ‘Ziana Zain In The Park’ yang diadakan di PWTC (kini World Trade Centre) Kuala Lumpur pada tahun 2001. Selepas 22 tahun, konsert ini bakal menjadi tanda aras buat penghibur wanita dengan nama sebenar Siti Roziana Zain, seorang ikon seni yang akan terus dihormati dan disegani walaupun kehadiran penyanyi baru bagaikan cendawan tumbuh di musim hujan!

Dalam merealisasikan konsert ini, bukan sesuatu yang mudah kerana Ziana Zain bukan melihat berapa besar pulangan (duit) yang beliau akan hasilkan tetapi yang lebih penting ialah konsep, stamina serta kepuasan yang diperoleh oleh para penonton kelak.

Ziana bersama penganjur,tenaga kerja, serta penaja yang terlibat dalam konsert beliau.

“Selepas perbincangan demi perbincangan, persetujuan di antara kami dicapai. Pihak kami sangat berbangga untuk mengumumkan CSA Academy mempersembahkan ‘Ziana Zain Konsert 2024’ yang akan berlangsung pada 25 Mei 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur,” kata Ziana Zain.

Bagi penghibur yang sudah lebih dua dekad menelusuri dunia nyanyian, melahirkan album-album dengan puluhan single yang menjadi ‘mainan bibir’ seperti “Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Anggapanmu, Berpisah Jua, Puncak Kasih, Dingin” dan ratusan hits yang menjadi pujaan peminat, persetujuan untuk menggelar konsert perlu diteliti dengan sangat rapi.

Bersama Pengarah Muzik Aubrey Suwito, konsert ini akan menyaksikan revolusi seorang permata seni negara yang seluruh jiwa dan raganya sudah dipahat dalam industri penuh pancaroba ini.

Ziana bangga dapat bekerjasama bersama adik, Anwar Zain.

“Saya tidak mahu hanya sekadar ada konsert dan menyanyi tetapi kesan manis atau kenangan terbaik tidak dirasai oleh peminat yang menyokong karier saya selama ini.

“Setiap konsert yang saya lakukan mesti ada keistimewaannya dan pastinya boleh menjadi rujukan pada masa akan datang.

“Sebab itu saya sangat berhati-hatu untuk mengadakan konsert dan pastinya 25 Mei 2024 adalah momen terbaik untuk ‘Ziana Zain Konsert 2024’ buat anda semua.

“Tunggu dan lihat apa yang akan dipersembahkan dalam konsert itu nanti. Tetapi yang pasti ia akan melambangkan perjuangan saya dalam dunia seni sepanjang 33 tahun ini,” kata Ziana Zain.

‘Ziana Zain Konsert 2024’ akan menyaksikan gabungan hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik berserta 16 orang pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert. Rugi jika anda terlepas menyaksikan konsert yang akan menjadi salah satu sejarah terhebat industri seni tempatan.

Bagi anda yang mahu menyaksikan konsert hebat ini tiket-tiket berharga RM288 (Gold), RM488 (Platinum), RM688 (Diamond), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web www.ticket2u.com.my/zianazain.

Wajah seorang diva!

Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket. Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518. Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera.

Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman.

Previous articleAir mata Siti jatuh mengenang anak-anak sekolah hafal al-Quran, Afwa & Aafiyah di Gaza!
Next articlePenyanyi Dawai, Fadhilah Intan bersama Wali Band di Penang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here