Kumpulan All-4-One.

Oleh Syed Wafa
Foto JS Concert

Kumpulan terkenal dunia iaitu All-4-One dan pernah memenangi ‘Grammy’ bakal mengegarkan Arena of Stars,Resort World Genting pada 25 Disember ini. Konsert hebat ini dianjurkan oleh Resort World Genting sempena sembutan hari krismas.

Pasti peminat kumpulan legenda ini tidak melepaskan peluang melihat kumpulan kesayangan ramai ini beraksi sambil menyanyikan lagu-lagu hit mereka antaranya ‘I Swear’, ‘So Much In Love’, ‘I Can Love You Like That’, ‘I Turn To You’ dan banyak lagi.

All-4-One merupakan kumpulan R&B dan pop yang berasal dari Amerika Syarikat. Kumpulan ini dianggotai oleh Jamie Jones, Delious Kennedy, Alfred Nevares dan Tony Borowiak. Paling membanggakan kumpulan ini telah menjual lebih 69 juta record di seluruh dunia.

Kumpulan ini digelar ‘Dukes Of R&B’ kerana kehebatan lagu-lagu mereka yang sungguh malar segar sehingga kini.

Bagi mereka yang tidak ingin lepaskan peluang keemasan ini bolehlah tempah tiket anda sekarang di Via Resort World Genting website.

Previous article‘Kejar’ lampu isyarat, Putrajaya Green Light Run 2023 unik, tarik 8,000 pengunjung
Next articleAda pokok Krismas di dalam rumah? (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here