White leather peep toe ankle strap heels
Photo by Git Stephen Gitau on Pexels

Oleh Asmat Fikri

Tidak dinafikan kebanyakan wanita di dunia memang akan tampak lain dan lebih cantik bila berkasut tumit tinggi. Disebabkan itu wanita terutama yang bekerjaya akan berusaha tampil dengan kasut tumit tinggi agar dilihat lebih cantik, tinggi dan berkeyakinan dalam khalayak walaupun terpaksa menanggung sakit kaki.

Tahukah kita, bukan hanya kaki yang sakit, namun risiko si pemakai kasut tumit tinggi lebih jauh bahaya iaitu boleh mengganggu kesihatan tulang belakang dan pinggul. Jadi, para wanita perlulah lebih bijak jika ingin mengenakan kasut tumit tinggi dengan mengambil serius beberapa tips penting agar tidak mengalami kecederaan.

Kajian menunjukkan satu daripada tiga pengguna kasut tumit tinggi akan mengalami kecederaan dan risiko cedera juga boleh jadi berganda.

A person wearing a red high heels
Photo by Karolina Grabowska on Pexels

Bagaimana kecederaan ini berlaku? Ianya disebabkan postur badan si pengguna kasut tumit tinggi berada dalam situasi ia meletakkan kaki anda pada posisi plantarflex (kaki membengkok ke bawah). Ini akan menyebabkan tekanan pada bahagian depan kaki meningkat akibat daripada ketidakseimbangan daya yang terpaksa ditanggungnya.

Lantas badan bawah (abdomen) anda akan condong ke hadapan bagi mengekalkan titik pusat keseimbangan, manakala badan atas (dada) akan condong ke belakang. Akibatnya, postur yang anda miliki nampak tidak relaks dan kelihatan kaku berbanding dengan ketika anda tidak memakai kasut tumit tinggi.

Menurut Hello Doctor, kesan terhadap postur ini berkadar secara terus dengan ketinggian tumit kasut yang anda pakai. Semakin tinggi tumit tersebut, semakin kaku badan anda dan lengkungan semula jadi pada bahagian belakang pinggang menjadi semakin tidak normal. Ia boleh menyebabkan kesakitan, tidak kiralah bagi individu amatur ataupun mereka yang sudah memakai kasut tersebut untuk sekian lamanya.

Risiko pengguna kasut tumit tinggi

Menurut Public Health Malaysia pula, terdapat lima risiko yang membahayakan pengguna kasut tumit tinggi. Ia boleh memberi kesan untuk jangka masa panjang dan juga kesan jangka masa pendek.

Otot betis

Otot di belakang betis akan memendek dan otok di hadapan akan
memanjang. Keadaan ini akan mengakibatkan kekuatan otot terjejas.

Lutut

Pemakaian kasut tumit tinggi juga mengakibatkan tekanan kepada sendi lutut dan memaksa lutut untuk bekerja keras. Dalam tempoh masa panjang, ia akan mengakibatkan radang dan kesakitan kronik.

‘Hammer toes’

Akibat saiz kasut yang kecil dan sempit, jari kaki di bahagian tengah akan membengkok. Jari ini tidak mampu lurus walaupun tidak memakai kasut. Keadaan ini dinamakan sebagai ‘Hammer toes’.

Bunion

Tulang jari yang sering terhimpit akan membentuk radang yang
menggalakkan pertumbuhan luar biasa tulang kaki. Tulang ini
akan semakin membesar membentuk Bunion.

Medical infographic of achilles tendon illustration

Tendon Achilis

Tendon achilis menjadi ketat dan memendek. Semakin tinggi tumit kasut, semakin tinggi tekanan pada bahagian hadapan kaki.

Kecederaan biasa yang berlaku pada pengguna kasut tumit tinggi juga adalah risiko terseliuh yang sangat tinggi. Si pemakai terpaksa berhati-hati agar tidak mengalami kecederaan akibat terseliuh, apatah lagi jika tempat atau keadaan masa yang ingin cepat mempengaruhi.

Kajian yang pernah diterbitkan oleh Universiti Alabama pada tahun 2015 menunjukkan tidak kurang daripada 123,355 kecederaan berkaitan dengan penggunaan kasut tumit tinggi telah direkodkan di Jabatan Kecemasan hospital di seluruh Amerika Syarikat.

Kebanyakan daripadanya melibatkan masalah terseliuh akibat hilang keseimbangan ketika berjalan laju (atau berlari) menggunakan kasut tumit tinggi.

Nantikan artikel seterusnya padah dan risiko berkasut tumit tinggi bagi ibu hamil dan mereka yang ingin kelihatan cantik dan bergaya.

Previous articleAduhai malangnya, tersalah pilih suami
Next articleRahsia Kulit Kayu Manis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here