Oleh Wawa Najwa

Agak lama juga tidak mendengar berita tentang penyanyi Awi Rafael yang popular dengan lagu ‘Pulanglah’. Kini penyanyi yang berasal dari Singapura ini tampil semula memeriahkan industri muzik tempatan.

Awi Rafael atau nama sebenarnya, Muhammad Nabawi Erwan Gunawan Rafael, 37, tampil mendendangkan semuala lagu ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’, dendangan asal oleh kumpulan UNIC. Untuk dendangan semula, Awi telah menggubah mengikut susunan muzik yang berbeza berdasarkan versinya sendiri.

Menurut Awi, beliau sangat selesa membawakan lagu ini kerana ia sangat unik.

Awi Rafael tampil dengan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu yang dijadikan runut bunyi drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah.

“Lagu ini adalah sepenuhnya versi dari saya sendiri. Saya turut sertakan kajian dari versi-versi yang pernah disampaikan oleh artis asal. Saya sangat selesa dalam membawakan lagu ini kerana ia sangat unik.

“Lagu ini merupakan lagu nasyid yang popular pada zamannya dan saya menganggap ini sebagai cabaran baharu kerana bukan mudah untuk gubah lagu ini dengan susunan muzik yang lebih moden seperti pop rock dan teknik nyanyian yang baharu.

“Saya sangat bersyukur mendapat nasihat dari pihak label dan produksi drama kerana ia sangat memudahkan saya untuk mencapai hasil akhir lagu versi baharu ini.

“Harapan saya untuk lagu ini adalah supaya peminat di Malaysia akan tetap menyokong karya-karya saya, lagu-lagu baharu buat tahun ini dan tahun hadapan. Saya juga berazam untuk terus berkarya supaya generasi muda lebih mengenal lagu ‘evergreen’ seperti ini,” katanya terus terang.

Antara adegan dalam drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah.

Lagu yang penuh bermakna ini telah diberi peluang oleh pihak Alternate Records dan TV3 khas untuk runut bunyi drama ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ yang ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

Drama ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ ini bertemakan cinta dan keluarga. Ia mengisahkan tentang hubungan terlarang sehingga menimbulkan ketegangan antara cinta mereka. Antara pelakon yang membintangi watak-watak dalam drama ini adalah adalah Aniq Suhair dan Rita Nadira.

Jelas Awi, pembikinan lagu ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ hanya mengambil masa dua minggu dengan hasil pertolongan dan nasihat daripada pihak label dan produksi drama.

Bermula 28 November lalu, lagu ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ boleh didengari menerusi iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer.

Previous articleNatasha Sass mahu dikenali melalui karyanya
Next articleSyarat untuk menjadi isteri Nash

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here