lemongrass, herb, nature
Photo by WonderfulBali on Pixabay

Oleh Nafsiah Jani

Serai makan atau nama botaninya, Cymbopogon Citratus ialah sejenis tanaman dari keluarga Graminae yang dikenali juga dengan nama-nama seperti takrai di Thailand, sireh makan (Indonesia) atau lemongrass (Inggeris).

Selain digunakan untuk melazatkan masakan, serai juga banyak digunakan dalam pembuatan minyak wangi dan minyak angin. Namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk penjagaan kesihatan dalaman terutamanya bagi kaum wanita?

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian serai amat berguna untuk kehidupan seharian.

Mari kita lihat manfaat dan rahsia tersembunyi serai yang cukup berharga terhadap tubuh kita.

1. Mengatasi masalah perut:

Serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit-birit. Air rebusan serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas yang berlebihan dalam perut. Malah ia juga membantu melancarkan pembuangan air kecil dan membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

2. Agen pencegah kanser:

Sifat semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel-sel sihat. Dipercayai setiap 100 gram serai mengandung antioksidan pencegah kanser.

3. Menurunkan tekanan darah tinggi:

Pengambilan minuman yang mengandungi serai setiap hari dapat membantu merangsang
peredaran darah dan sekaligus membantu menurunkan hipertensi dan mengurangkan stres.

4. Membantu memutihkan gigi:

Mereka yang kuat merokok, jangan risau jika gigi anda berwarna kuning. Masalah gigi kuning ini dapat diatasi dengan hanya menggunakan serai. Tumbuk halus dua batang serai dengan sedikit arang dan kemudian gosok pada keseluruhan gigi yang berwarna kuning. Lakukan tiga kali seminggu dan anda pasti terkejut dengan hasilnya yang cukup
memberangsangkan.

5. Kesihatan Reproduktif Wanita:

Khasiat yang terdapat dalam serai juga dapat membantu reproduktif wanita. Ia mengandungi nutrien penting seperti folat yang bagus untuk kesihatan rahim dan perkembangan janin semasa kehamilan. Pengambilan air serai secara berkala boleh membantu wanita yang merancang untuk hamil atau yang sedang hamil.

6. Mengubati infeksi kulit:

Serai mengandungi zat antimikroba dan anti bakteria. Kandungan tersebut mampu mengubati jangkitan pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga dipercayai boleh
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti infeksi kulit, keracunan makanan dan membantu menghilangkan bau badan.

lemongrass, spices, plant
Photo by sti300p on Pixabay

7. Ubat tahan sakit:

Jika anda sakit gigi, sakit otot dan sendi amalkan minum teh limau berserai. Pasti air ini dapat melegakan sakit anda kerana ia bertindak sebagai ubat penahan sakit semula jadi.

8. Bersifat Diuretik:

Serai adalah komponen bersifat diuretik. Jika diminum setiap hari menjadikan kita kerap
membuang air kecil kerana kandungannya merangsang tubuh untuk membuang banyak cecair dan natrium dalam badan kita. Ia juga membantu meredakan kejang-kejang
otot dan anti-rematik. Caranya ambil akar serai dan rebus bersama segelas air selama 15
minit. Amalkan air rebusan serai tersebut dua kali sehari. Selain mengatasi masalah batuk, anda juga pasti takjub dengan hasilnya yang lain.

9. Tingkatkan keseimbangan hormon:

Wanita selalu mengalami masalah ketidakseimbangan hormon sewaktu datang haid atau menopaus. Untuk mengembalikan keseimbangan hormon, minumlah air rebusan serai kerana ia mengandungi bahan-bahan semulajadi membantu mengawal dan meningkatkan
keseimbangan hormon dalam badan. Kandungan bahan tersebut dapat membantu mengurangkan gejala tidak selesa badan dan perubahan mood sewaktu haid.

10. Kualiti tidur:

Serai juga cukup berkhasiat dan mampu membantu meningkatkan kualiti tidur seseorang.
Tidur yang nyenyak ini dapat dinikmati jika amalkan minum teh serai sebelum tidur atau
masukkan serai dalam air mandian.

Secara keseluruhannya dapatlah kita simpulkan bahawa serai adalah herba yang kaya dengan pelbagai khasiat dan dapat memberi banyak manfaat kepada kesihatan wanita atau mereka yang mengamalkannya.

Mulai sekarang marilah kita menjadikan serai sebahagian daripada makanan atau minuman harian kita bagi mendapat manfaat kesihatan yang diberikannya.

Previous articleIsteri mengidam pelik-pelik (Bahagian 1)
Next articleGejala Cyst Ovari Yang Wanita Perlu Tahu (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here