Faizal Tahir terus membela rakyat Palestin!

Oleh Wawa Najwa

Melihatkan kekejaman yang dilakukan oleh pihak Zionis kepada rakyat Palestin di bumi Gaza, ramai yang terkesan walaupun kita tidak berada di sana.

Salah seorang individu yang terpanggil untuk menunjukkan rasa empati terhadap penderitaan yang dilalui oleh warga Palestin ialah Faizal Tahir.

Sebagai tanda sokongan kepada mereka, Faizal menerusi gerakan kemanusiaannya, iamFaithmen dan syarikat rakamannya, Faithful Music bakal menganjurkan Faith4Palestine, sebuah acara amal.

Acara amal yang bakal berlangsung di Royale Chulan, Damansara, jam 2 petang hingga 4 petang pada 12 November ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan Palestin dan sebagai tanda menzahirkan solidariti rakyat Malaysia bersama dalam isu ini.

Syamel sebagai artis jemputan.

Untuk acara amal ini Faizal bukan saja akan mengadakan persembahan secara akustik, sebaliknya turut ada sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadinya. Selain Faizal, acara tersebut turut dimeriahkan oleh artis jemputan, Syamel.

“Ini bukanlah acara hiburan semata-mata. Kami adakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama Cinta Gaza Malaysia yang diwakili oleh Nadir Al-Nuri dan juga bidaan barangan peribadi saya.

“Faith4Palestine adalah satu usaha untuk membantu keluarga kita yang sekarang ini sangat memerlukan bantuan dan perhatian. Semoga yang hadir dapat sesuatu yang berfaedah selepas mereka pulang ke rumah.

 

Nadir Al-Nuri dari Cinta Gaza Malaysia.

“Muzik adalah satu elemen yang penting dalam kita meyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang saya buat membawa maksud yang positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti,” jelasnya.

Tegas Faizal, objektif utama Faith4Palestine adalah untuk mendidik masyarakat tentang sejarah panjang bumi Palestin serta memberi bimbingan tentang bagaimana kita boleh membantu dalam tindakan secara kolektif.

Selain itu, acara ini bertujuan untuk menerangkan cabaran berterusan yang dihadapi oleh rakyat Palestin dan memberi pencerahan langkah-langkah positif dalam membantu mereka di sana.

Bagi yang ingin menzahirkan solidariti anda besama dalam isu ini bolehlah hadir ke sana dengan membeli tiket berharga RM99.

Semua keuntungan dari kutipan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan, Cinta Gaza Malaysia.

Tiket boleh dibeli di laman web www.ticket2u.com.my atau terus ke http://t2u.asia/e/33456

 

Previous articleUsia Tujuh Tahun: Masa Penting dalam Mendidik Anak (Bahagian 2)
Next articleIbrahim Pendek martabatkan bahasa Melayu di Hollywood!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here