Oleh Syed Wafa
Berita gembira buat pengunjung setia pasaraya terkemuka AEON Big di Wangsa Maju, anda akan menikmati potongan sebanyak 10 peratus setiap menu yang dipesan di Restoran Rasa Rosz sempena pembukaan rasmi restoran tersebut.
Jika anda tidak tahu ke mana untuk menjamu selera di hujung minggu bersama keluarga, pastinya Restoran Rasa Rasa pilihan terbaik untuk menjamu selera bersama keluarga tercinta.
Bagi anda yang ingin mencuba menu baru pula, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz di AEON Big, Wangsa Maju yang menyajikan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba malah harga sungguh berpatutan.
Tawaran 10 paratus ini akan bermula dari tarikh pembukaannya pada 19 Oktober lalu hingga 30 November ini.
Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, dia gembira kerana perancangannya untuk membuka restoran ini terlaksana juga akhirnya.
“Harapan saya semoga restoran ini berjaya mendapat sambutan dan semoga kami dapat buka lagi cawangan ditempat yg hebat di seluruh Malaysia. Sebenarnya pihak AEON Big ada juga meminta kami buka restoran sebegini di beberapa buah hypermarket yang terpilih. Namun kami akan fikirkan nanti kerana kos untuk buka sesebuah restoran bukannya murah.
“Selain pes, kami juga turut keluarkan perasa ‘Lazzat’ yang berasaskan ‘vegetarian’ serta sambal yang sedia untuk dimakan iaitu, Sambal udang kering, Sambal ikan bilis dan Sambal shitake cendawan,” kata Rozita.
Menurut Rozita lagi, mereka menggunakan produk Ratus Tumis dan produk Rasa Rosz bagi menjimatkan masa memasak serta sudah pasti melazatkan lagi masakan.
“Restoran kami menggunakan system blueprint di mana kami memendekkan cara memasak. Mungkin sebelum ini untuk memasak sesuatu menu ambil masa dua jam. Tapi kami nak ringkas, cepat dan sedap, di mana sesuatu menu dapat disiapkan dalam masa lima minit dan paling lama 30 minit sekali bersama dengan hiasan dan sebagainya.
“R&D aplikasi pes Ratu Tumis dan produk Rasa Rosz ini memerlukan kepakaran saya dan ketua cef untuk pilihan menu di Resto Rasa Rosz. Ianya mengambil masa dua minggu untuk memilih menu pilihan yang lazat serta menyelerakan,” kata Rozita Ramelan bersungguh-sungguh.
Restoran Rasa Rosz di bawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn.Bhd.ini ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini.Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis serta kerjasama dengan kedutaan Thailand melalui produk halal iaitu M-SHROOMS yang dibawa khas dari Thailand.
Rasa Rosz juga mengorak langkah mengeluarkan produk masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Rozita menambah, lokasi ini dipilih memandangkan ia adalah sebuah mall yang menawarkan barangan pada harga berpatutan dan dikunjungi ramai ahli keluarga dalam satu-satu masa.
“Lokasi ini kami pilih kerana ia berdekatan dengan kawasan perumahan yang diduduki ramai penduduk berbangsa Melayu, ramai keluarga yang berkunjung, tempat yang selesa, parking yang murah dan persekitaran yang menarik. Saya harap restoran kami dapat jadi pemanis untuk orang yang membeli- belah di sini,” katanya mengenai tema dan konsep moden minimalis yang digunakan bagi menghiasi restoran ini.
Manakala Pengarah Urusan AEON BIG (M) Sdn Bhd., Wangsa Maju, Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, kerjasama ini bukan saja restoran, malah terdapat produk-produk Rasa Rosz yang turut dijual di AEON Big Haypermarket yang terdapat sebanyak 21 outlet di Semenanjung Malaysia iaitu satu di Ipoh, 14 outlet di Lembah Kelang, 3 di Johor Bahru, 2 di Pulau Pinang dan 1 di Kuantan.
“Kami melihat semua perkara adalah untuk hubungan jangka panjang dan kami melihat restoran ini sesuai juga dibuka di outlet-outlet kami yang lain. Harga yang ditawar juga sesuai dengan profile pelanggan kami. Bagi kami produk Ratu Tumis adalah produk yang bermutu tinggi dan syarikat kami berasal dari Jepun dan kami selalu meletakkan kualiti adalah keutamaan kami. Itu sebabnya sesuatu produk yang ingin memasuki hypermarket kami kena melalui pelbagai tapisan yang ketat,”kata Sheikh Farouk.
Antara menu yang perlu anda cuba di Restoran Rasa Rosz adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi menu yang sedap serta menyelerakan.
Majlis perasmian Restoran Rasa Rosz baru-baru ini,telah disempurnkan oleh pemilik,Datuk Sri Rozita Ramelan bersama suami, Datuk Mohd Omar Mustapha dan Pengarah Urusan AEON BIG (M) Sdn Bhd., Wangsa Maju, Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed.
Bagi mereka yang berkunjung ke AEON Big,Wangsa Maju jangan lepaskan peluang menjamu selera di Restoran Ras Rosz bersama keluarga.
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.