Setakat ini Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa 7028 orang Palestin terkorban sebagai syahid, 17439 lagi telah cedera!

Pada ketika ini, Israel tidak lagi fokus kepada pertahanan mereka, tetapi mereka fokus kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat di Gaza!

Setelah 17 tahun di bawah cengkaman kezaliman Israel, para pejuang Gaza, Palestin mengambil keputusan untuk memecahkan kepungan mereka…

Operasi Taufan Al-Aqsa telah dilancarkan & lebih daripada 5,000 roket buatan sendiri dilancarkan ke arah penempatan haram Israel.

Tentera pejuang Palestin turut berjaya menyerang pos penempatan & pangkalan tentera Israel di sempadan Gaza, membunuh & menawan berpuluh tentera rejim Zionis!

Kereta jip & kereta kebal milik tentera Israel juga berjaya dirampas atau dimusnahkan dalam operasi kali ini.

Operasi ini merupakan satu pembalasan ke atas kekejaman Israel terhadap kesucian Masjid Al Aqsa & rakyat Palestin selama ini, setelah mereka melanggar semua amaran yang dikeluarkan.

Tahun ini saja lebih 200 orang Palestin terkorban akibat dibunuh oleh rejim Zionis. Setiap tahun rakyat Palestin di Tebing Barat & Gaza akan melalui ketidakadilan & pembunuhan berterusan oleh penjajah Zionis yang sungguh kejam ini.

Tidak lama selepas itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan ‘PERAG’ ke atas seluruh Gaza.

Pesawat perang Israel mula melancarkan serangan ke beberapa tempat di Gaza waktu ini!!

Rejim Israel bertindak kejam mengebom hospital Al-Ahli Arab secara terus, mengakibatkan 600 syahid dan lebih 900 cedera.

Kementerian Kesihatan di Gaza mengadakan sidang media di tengah-tengah lebih 600 jenazah dari Hospital Al-Ahli Arab di Gaza.

Keadaan Hospital Al-Ahli Arab musnah teruk selepas pengeboman oleh rejim Israel pada 17 Oktober 2023.

Kemusnahan yang disebabkan oleh pengeboman rejim Israel ke atas Gaza bagaikan mengambarkan hati iblis rejim Zionis!

Rejim Zionis sengaja menyasarkan kanak-kanak Palestin semasa serangan yang berterusan di Semenanjung Gaza.

“Sesungguhnya menentang penjajah adalah sebuah kewajipan disisi syarak, juga sebuah ketetapan disisi perundangan antarabangsa. Maka, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk membebaskan kiblat mereka yang pertama, serta membebaskan tanah penuh berkat yang sedang dijajah.

Inilah Kenyataan Syeikh Ekrima Sabri, imam Masjid Al- Aqsa dan menyeru umat Islam seluruh dunia untuk membebaskan Baitulmaqdis

“Ya Allah! Kurniakan bantuan ke atas para pejuang Palestin yang dizalimi & lindungi mereka daripada kejahatan laknatullah rejim Zionis!
Bebaskan Masjid Al-Aqsa & Palestin daripada cengkaman Israel!”

“Ya Allah! lumpuhkanlah Israel!
Turunkanlah bantuan-Mu & menangkanlah para muhajidin Palestin.” Aamiin Ya Rabbilalamin..

Previous articleRahsia dan khasiat daun belalai gajah
Next articleGaza Sentiasa Di Hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here