Oleh Nafsiah Jani
Bila dah sakit barulah kita sedar betapa berharganya sebuah kesihatan. Untuk sihat rajin-rajinlah amalkan makan ulam-ulaman atau air rebusan yang berasaskan tumbuhan herba daun belalai gajah atau sabah snake grass yang sering dijadikan tumbuhan hiasan di kawasan rumah.
Generasi sekarang nampaknya tidak mengetahui bahawa pokok daun belalai gajah ini kaya dengan pelbagai khasiat dan baik untuk kesihatan.
Menurut mereka yang pakar, hanya bahagian daun belalai gajah sahaja digunakan untuk mengubati penyakit. Daun segar dimakan secara mentah, sebagai sayur ataupun jus yang dicampurkan bersama jus apel, teh hijau air tebu ataupun minuman teh. Manakala daunnya yang kering boleh juga dijadikan sebagai penawar penyakit.
Antara khasiat dan kebaikan daun belalai gajah ialah :-
1. Antioksida Yang baik
Daun belalai gajah terbukti sebagai agen antioksida yang baik. Fungsi antioksida ialah mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dalam tubuh badan kerana radikal bebas ini menyebabkan saluran darah tersumbat serta mendatangkan pelbagai penyakit pembunuh senyap.
2. Merawat kulit
Daun belalai gajah yang kering pula digunakan untuk disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti virus kayap, merawat gigitan serangga dan ruam di kulit.
3. Flavonoid yang tinggi
Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik. Kandungan flavonoid yang tinggi ini mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan tubuh badan seperti vitamin dan asid amino.
4. Melambatkan pertumbuhan sel kanser
Kajian dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), menyatakan daun belalai gajah bukan sahaja berfungsi sebagai antioksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser dan pencegahan kanser. Daun ini juga kaya dengan vitamin C, protin dan serat yang mampu melawan radikal bebas.
5. Mengandungi banyak zat mineral
Daun ini juga mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan tubuh badan. Mineral didalamnya dapat mengekalkan keseimbangan sistem tubuh badan seseorang. Zat mineralnya terdiri daripada besi, zink, tembaga dan nikel. Begitu juga dengan kandungan fosforus, kalsium, magnesium, dan nutrien lain dalam tumbuhan ini adalah tinggi. Daun ini juga memiliki kandungan kimia lain seperti alkaloid, saponin dan bersifat direutik.
6. Mengeluarkan toksin dibadan
Daun belalai gajah bersifat anti racun. Ia mampu menghalang penularan dan penyebaran racun ke dalam saraf dan sekaligus menghalang sel-sel dalam tubuh dirosakkan oleh racun seperti racun bisa ular yang sangat bahaya kerana ia dapat menghancurkan sel, menyebabkan kelumpuhan, perdarahan dalaman, hingga berlakunya kematian.
7. Masalah pencernaaan.
Daun belalai gajah juga mampu mengatasi masalah pencernaan, demam dan bertindak memperbaiki dan mengganti sel-sel badan yang rosak.
8. Membantu mengatasi masalah penyakit
Daun belalai gajah juga dikatakan mampu mengatasi masalah kolestrol, tekanan darah tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat serta mengurangkan keletihan
9. Kaya dengan serat mentah
Serat mentah yang tinggi di dalam daun belalai gajah berfungsi sebagai penyerap kelembapan dan merangsang peristalsis usus.
Tunggu apa lagi, jom amalkan daun belalai gajah yang banyak khasiat untuk anda!
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.