Oleh  Nafsiah Jani

Atas dasar keprihatinan dengan nasib rakyat Gaza, Kumpulan Jakel, Jakel Tekstil menghulurkan sumbangan berjumlah RM300,000 manakala jenama tudung Ariani menambah RM200,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM500,000 kepada Tabung Viva Palestina, Malaysia. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Pengasas Viva Palestina Malaysia, Puan Sri Norma Hakim.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz bin Mohamed Jakel, Inisiatif ini adalah satu pernyataan kebersamaan dan solidariti kami untuk saudara kami di Gaza.

“Selain itu, melalui Kerajaan Malaysia, Kumpulan Jakel juga turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar.

Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip (kanan) menyampaikan sumbangan untuk Tabung Viva Palestina kepada Puan Norma Hakim.

“Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan kami kepada usaha kemanusiaan di Palestin tetapi juga berfungsi sebagai peringatan mendalam bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tetap kukuh dan tidak berbelah bagi.”

Perang Palestin-Israel, yang telah menyebabkan keadaan semakin mendesak dengan serangan Israel ke atas kemudahan awam seperti hospital, sekolah, masjid, dan gereja, melanggar undang-undang peperangan antarabangsa. Banyak nyawa telah terkorban syahid dan cedera, dan dengan hospital yang dibom, bantuan perubatan juga menjadi sukar.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Tabung Viva Palestina kepada Puan Sri Norma Hakim.

Dalam menghadapi tragedi tersebut, situasi di Gaza telah mengundang perhatian antarabangsa. Banyak negara telah tampil untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran bekalan asas seperti air, elektrik, makanan, dan perubatan.

Previous articlePeriksa keputihan anda! Jika gatal dan berbau, ia petanda BAHAYA! (Bahagian 1)
Next articleTemui kumpulan nasyid Raihan di Karnival Healing De’ Masjid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here