Sabri Yunus dan Ardini Angeline Tan kini bergelar suami isteri

Oleh Nafsiah Jani

Dengan sekali lafaz, pengarah dan pelakon Sabri Yunus,62, yang popular dengan panggilan Wan Ismail Golok selamat dinikahkan dengan pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Angeline Tan, 56, pagi tadi (sabtu).

Pasangan itu dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza kira-kira pukul 10.30 pagi dikediaman mufti berkenaan di Perlis.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh penyampai radio dan pengacara, Issey Fazliham menerusi hantaran terbaharu beliau di Instagram miliknya.

Pada majis tersebut, Sabri menyerahkan mas kahwin berupa seutas rantai emas. Pasangan itu tampil mengayakan persalinan sedondon rona putih.

Kedua-dua pasangan ini sudah lama mengenali ketika terlibat dalam sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 1992. Cintanya kepada Angeline Tan membuatkan Sabri sanggup menunggu selama tiga tahun untuk Angeline memeluk agama Islam.

Angeline memeluk Islam awal Oktober lalu dengan nama Islamnya Ardini (isteri yang menyayangi) dipilih Sabri disaat-saat akhir sebelum mereka selamat dinikahkan.

Previous articleRubiah Suparman yang dirindui
Next articleTeater Pintar Randai `Badang’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here