Pertemuan bersejarah dua ikon wanita tanah air, Datuk Sri Rozita Ramelan dan Datuk Sri Siti Nurhaliza

Oleh Syed Wafa

Kejayaan ikon seni, Datuk Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dipertikaikan lagi. Gelaran penyanyi no 1 Malaysia masih gah dan kekal milik beliau. Walaupun populariti yang diraih Siti hingga ke peringkat antarabangsa, beliau tetap tidak sombong dan masih sama seperti Siti yang dahulu di awal kemunculannya dalam dunia muzik tanah air.

Sesuatu yang luar biasa, baru-baru ini dua ikon wanita yang berpengaruh di Malaysia telah bertemu dalam suasana penuh kemesraan dan bersejarah.

Tokoh perniagaan wanita yang gigih dan berani, Datuk Sri Rozita Ramelan telah dipertemukan dengan penyanyi hebat tanah air yang juga ahli perniagaan, Siti Nurhaliza. Pertemuan itu begitu bermakna bagi dua ikon hebat ini.

Rozita Ramelan juga merupakan pemilik Azimut Yachts Malaysia.

“Saya amat berbesar hati dapat bertemu dengan Siti dan saya amat meminati lagu-lagu beliau.

“Saya bangga dengan pencapaian beliau dan bagi saya dia adalah idola buat kami sebagai wanita,” kata Rozita bersungguh-sungguh.

Rozita Ramelan merupakan seorang usahawan Melayu yang berjaya. Beliau memiliki pelbagai rangkaian perniagaan antaranya Kabinet Prive Sdn. Bhd. yang menjual beg berjenama mewah, syarikat pengeluaran produk makanan terkenal iaitu Rasa Rosz Sdn. Bhd., perniagaan perkapalan iaitu Azimut Yachts Malaysia dan pemilik sebuah portal khas buat wanita iaitu Ladybosz yang ramai pengikutnya.

Kabinet Prive di Hotel St Regis,Kuala Lumpur milik Rozita Ramelan mengadakan majlis makan tengahari sempena Tahun Baru Cina yang ketika itu dihadiri Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kalsom serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

Terbaru, Rozita bakal membuka Restoran Rasa Rosz di AEON Big, di Wangsa Maju.

Beliau juga pernah memenangi anugerah di dalam negara dan di peringkat antarabangsa antaranya ‘The Best Cooking Ingredients’ di Asian Halal Brand Awards.

Ratu Tumis Rasa Rosz milik Rozita Ramelan menerima ‘The Best Cooking Ingredients’ di ‘Asian Halal Brand Awards’
Menerima Anugerah Cover Usahawan di Anugerah Tokoh Wanita sempena 48 tahun majalah Wanita pada 10 Ogos 2017.
@ladybosz.blog #sitinurhaliza #sitism #ctdk #ctdkfans #ctdklovers #ctdklover #pelancaran #ladybosz #ikonwanita #wanitahebat #wanitakuat #wanitamuslimah #wanitamandiri #wanitachallenge #ladybosz ♬ original sound – LadyBosz

“Siti amat berbesar hati kerana Datuk Sri Rozita sudi hadir di majlis perlancaran album terbaru ‘Sitism’, Siti doakan somoga beliau terus berjaya di bidang yang diceburinya,” kata Siti bersungguh-sungguh.

Siti juga sempat menyampaikan CD terbaru serta kemeja-T sebagai cenderahati kepada Rozita Ramelan.

“Siti harap Dato Sri terhibur dengan lagu-lagu terbaru Siti dari album ‘Sitism’ ini,” kata Siti lagi.

Siti Nurhaliza gembira terima cenderahati yang merupakan produk syarikat Ratu Tumis Rasa Rosz milik Rozita Ramelan

Rozita Ramelan juga turut menyampaikan cenderahati iaitu produk keluaran syarikat beliau Ratu Tumis Rasa Rosz yang sedang hangat di pasaran kepada Siti.

“Saya berharap dapat bekerjasaama dengan Siti dalam bidang perniagaan saya,” kata Rozita Ramelan di akhir pertemuan.

Rozita Ramelan kagum dengan kejayaan Siti Nurhaliza

Semoga dua ikon wanita ini terus berjaya di dalam bidang yang diceburi… Amin

Previous articleMenangi cabutan bertuah di Konsert Rock Kapak 7 Oktober ini
Next articleGila Meroyan : Mitos atau fakta? (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here