Zaiton Sameon masih 'Menaruh Harapan'

Oleh Nafsiah Jani
Foto Nafsiah Jani/Koleksi Syed Wafa

Siapa sangka penyanyi popular tahun 80-an, Zaiton Sameon dari seorang artis terkenal dan seorang diva, kini hidupnya susah sekali. Dalam meniti usia tuanya, kini Zaiton, 67, terpaksa meminta bantuan demi kelangsungan hidupnya.

“Saya pun tak sangka hidup saya jadi macam ni…susah di hari tua. Zaman kegemilangan dulu, saya seorang penyanyi bergelar ‘Diva’ …tiba- tiba minta bantuan. Sebenarnya memang saya malu nak minta bantuan… ialah dulu saya ni ‘big star’ tapi apa boleh buat. Hidup kena diteruskan.

Ketika di puncak menjuarai Anugerah Juara Lagu 1987 melalui lagu ‘Menaruh Harapan’

“Sedangkan sebelum terlibat dengan kemalangan yang turut mengorbanķan anak lelaki tunggal saya ( Allahyarham Azirwan Abu Bakar)…duit simpanan saya hampir mencecah sejuta ringgit hingga nak bergelar jutawan. Selepas terlantar beberapa bulan di hospital…baru saya sedar, rumah dan duit simpanan saya habis begitu saja,” kata Zaiton yang kelihatan sedih mengimbas kembali zaman kegemilangannya.

Menurut Zaiton, sebenarnya ada hikmah yg Allah susun dalam hidupnya.

Kemalangan ngeri pada 21 Februari 1990 di Batang Kali merubah hidup Zaiton Sameon

“Saya bersyukur selepas ‘ditendang’ ke sana sini yang terakhir di Johor. Adik angkat saya, Syed Yusof Wafa sanggup membawa saya kembali ke Kuala Lumpur dan menghabiskan ribuan ribu ringgit bagi memastikan saya dapat membuat comeback.

“Syed Wafa memujuk anak angkat saya Ikah Ismail untuk beliau berhenti kerja untuk menjaga kerjaya seni saya dan berhijrah ke Kuala Lumpur semula untuk cameback.

“Dari duit zakat yang diberi oleh Syed Wafa ketika itu dapatlah saya bayar perubatan serta beliau menyuruh saya menyanyi selalu untuk melatihkan semula vokal saya. Bukan itu saja, selain zakat yang Wafa hulurkan, dia juga banyak membantu dan menyakinkan kemampuan saya untuk kembali beraksi.

“Dia bagi saya semangat untuk terus hidup dan menyanyi malah sanggup keluarkan duit untuk buat album duet kami iaitu ‘Rindu Pelukan Bonda’ ciptaan komposer terkenal Datuk S.Atan serta single terbaru ‘Reda'”, kata Zaiton bersungguh-sungguh.

Bersama anak tercinta Allahyarham Azirwan Abu Bakar

Kini Zaiton dijaga anak angkatnya Ikah bagi menguruskan aktiviti seharian Zaiton. Disebabkan sudah lama tidak mendapat tawaran menyanyi, Ikah terpaksa menjual pasta di setiap festival yang mereka sertai. Sebelum ini Zaiton dan Ikah juga mengusahakan jualan rendang nasib.

Kata Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan, dia tidak menyangka kisah yang viral mengenai hidupnya yang susah di media baru-baru ini, ramai tampil membantunya.

Keaadaan Zaiton Sameon selepas beberapa bulan kemalangan
Zaiton Sameon tetap kuat selepas kemalangan

“Saya tak sangka Perdana Menteri juga turut menyampaikan sumbangan wang tunai, Menteri Agama, JKM dan begitu juga penyanyi Zamani yang turut menghulurkan sumbangan ketika kami bertemu di sebuah majlis perkahwinan.

“JKM, pihak zakat juga berjanji akan memberi bantuan wang bulanan kepada saya dan syukurlah sekurang-kurangnya dapat ringankan beban saya kalau tidak menyanyi nanti. Ialah saya pun dah berusia dan tak tahu sampai bila larat kesana sini untuk membuat persembahan.

Zaiton Sameon bersahabat dengan Syed Wafa lebih 20 tahun

“Harapnya kali ini saya bakal dapat rumah seperti yang dijanjikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebuah rumah Prima Selangorku. Dulu pihak DBKL janji nak bagi sebuah rumah. Setelah setahun berlalu dan kisah saya kembali viral barulah mereka datang semula dan kata permohonan saya tidak dapat diproses kerana ada beberapa dokumen yang tidak lengkap. Sedangkan, dua orang pegawai mereka yang datang sendiri ke rumah untuk mengisi dokumen tersebut. Mungkin tak ada lagi rezeki.”

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghulurkan sumbangan pada akaun Maybank Zaiton Sameon 162143248847.

Zaiton Sameon sering menjadi cover majalah terkenal ketika itu

Zaiton akan tetap menyanyi

Juara Anugerah Juara Lagu (AJL 1987) Zaiton Sameon juga menegaskan dia akan menyanyi selagi ada pihak yang ingin mendengar suaranya suaranya.

“Selagi mampu, saya akan terus menyanyi. Saya tidak akan give up dengan dunia nyanyian sebab inilah hobi dan dunia yang saya sukai selama ini. Walaupun banyak perkara yang saya lupa selepas kemalangan yang hampir meragut nyawa saya namun saya bersyukur kerana semua lirik-lirik lagu saya tetap,” kata Zaiton anak kelahiran Negeri Sembilan ini.

Kenangan bersama rakan artis merainkan kejayaan di AJL 1987
Kenangan bersama rakan artis merainkan kejayaan di AJL 1987

Bercakap mengenai petua dia menjaga suara, jelas Zaiton lagi,“Sejak bergelar penyanyi saya memang dah lama tidak minum air batu. Begitu juga dengan makanan pedas, memang saya tidak sentuh langsung. Begitu juga dengan durian, saya akan elak makan tiga hari sebelum membuat sebarang persembahan pentas kerana takut tidak dapat membawa lagu yang bernada tinggi,’’ kata Zaiton lagi yang memastikan dapat tidur dan berehat secukupnya bagi menjaga suara sebagai penyanyi.

Bersama sahabat artis Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad
Anak angkat kesayangan,Ikah Ismail kini setia menjaga Zaiton Sameon

Zaiton juga popular dengan lagu Kabut Serangkai Mawar, Kembali lagu, Menadah Impian, Diriku Yang Tersingkir, Rindu Pelukan Bonda dan single terbaru beliau Reda(Redho) yang dicipta oleh komposer yang pernah menaikkan nama beliau iaitu Allahyarham A.Ali bersama Syed Wafa serta lirik oleh Datuk Habsah Hassan.

“Saya harap lagu Reda ini akan mendapat sambutan dari peminat kerana ianya mengisahkan hidup saya”, Kata Zaiton lagi.

Syed Wafa bergambar kenangan bersama Pengarah Ladybosz,Datuk Sri Rozita Ramelan (Tengah) yang turut juga membantu Zaiton Sameon
Di puncak bersama Maria Arshad dan Fauziah Ahmad Daud
Zaiton Sameon terharu dengan keprihatinan semua yang sudi membantu beliau ketika susah
Previous articleKonsert Tiba Masa Datuk Zainalabidin gegarkan Istana Budaya malam ini!
Next articleSeminggu demam nampak ‘Kak Maria’ jadi pontianak – Salmah Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here