Oleh: Asmat Fikri
Akan tetapi, persoalannya adakah pembedahan ini selamat atau boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan? Sebab ramai yang beranggapan pembedahan untuk menurunkan berat badan yang sangat popular dalam kalangan artis tempatan dan golongan VIP ini besar mudaratnya berbanding manfaat.
Jawapannya seperti yang disiarkan menerusi Majalah Sains mendapati, hasil kajian tentang pembedahan bariatrik menunjukkan kira-kira 60% daripada berat badan berlebihan berjaya diturunkan. Selain itu, peningkatan status kesihatan yang lebih baik juga dapat dilihat di kalangan pesakit diabetes, darah tinggi serta mampu merendahkan kandungan lipid dalam darah pesakit obesiti sebanyak 60 hingga 80 peratus.
Tambahan lagi, pembedahan ini telah ditemui sebagai rawatan yang lebih berkesan berbanding rawatan lain seperti ubat-ubatan atau suplemen dalam pengawalan berat badan dan diabetes. Seterusnya, risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular juga dapat dikurangkan sebanyak 82 peratus melalui pembedahan ini.
Penyakit lain seperti asma, pernafasan yang terhenti ketika tidur (Sleep Apnea), migrain dan masalah depresi jugak dapat diperbaiki sebanyak 50 peratus.
Beberapa kajian terkini juga telah menunjukkan bahawa kadar kematian pesakit obesiti yang menjalani pembedahan ini adalah lebih rendah dalam jangka masa panjang berbanding mereka yang tidak.
Namun begitu, tidak dinafikan setiap prosedur dan pembedahan mempunyai risiko tertentu, begitu juga pembedahan bariatrik. Namun, risiko yang ada adalah lebih kecil berbanding manfaat yang diperolehi.
Justeru, memandangkan pembedahan ini mengubah struktur asal perut dan usus, antara komplikasi yang mungkin berlaku ialah:
- Usus tersumbat.
- Cirit-birit, mual dan muntah (sindrom Dumping).
- Batu karang hempedu.
- Angin pasang.
- Hipoglisemia.
- Malnutrisi.
- Ulser.
- Perut bocor.
- Maut (sangat jarang).
Disebabkan itulah, pembedahan, disiplin dan gaya hidup baru harus diamalkan. Ini termasuk cara dan jenis pemakanan serta meninggalkan tabiat kurang sihat seperti merokok dan alkohol. Sila berbincang dengan doktor berkenaan persediaan dan perancangan selepas pembedahan.
Berapa kos pembedahan bariatrik?
Memandangkan pembedahan bariatrik ini sangat popular dalam kalangan artis tempatan dan juga golongan vip, pasti ramai tertanya-tanya berapakah kos sebenar rawatan ini? Pasti ramai menjangkakan ianya mahal dan tidak tercapai akal golongan B40.
Dari beberapa sumber, kami dapati ada beberapa klinik atau hospital yang berkongsi kos rawatan pembedahan bariatrik ini. Antaranya adalah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan adalah antara yang mencatatkan pembedahan bariatrik tertinggi sejak tahun 1996 lagi. Kos yang dianggarkan bermula sekitar RM25,000- RM35,000 atau lebih.
Bagi tokoh perubatan pembedahan bariatrik yang popular terutama telah menjayakan pembedahan itu dalam kalangan selebriti seperti Ziana Zain, Datuk Aishah, Datuk Ziela Jalil, Zarina Zainudin dan ramai lagi iaitu, Dr Mustafa Mohammed Taher, Pakar Usus dan Bariatrik turut berkongsi berapa kos sepatutnya untuk pembedahan tersebut.
Beliau yang kini berkhidmat di Cengild G.I. Medical Centre, Bangsar South menjelaskan, mereka menawarkan pakej Pembedahan Bariatrik yang termasuk semua jenis kos seperti kos temu janji, pembedahan, kaunseling dan sebagainya dalam pakej RM30,000. Kiranya dalam pakej RM30,000 ini daripada mula jumpa sampai habis operate dan follow-up.
Cadangan Hospital atau Klinik
Berikut kami senaraikan empat klinik atau hospital yang berpengalaman serta pakar dalam menjalankan pembedahan bariatrik ini untuk rujukan pembaca. Bagi yang berminat , boleh rujuk maklumat di bawah.
1) Dr Mustafa Mohammed Taher atau ingin bertanya lanjut, boleh hubungi 016-2330678 (Whatsapp – Pn Rafeah) atau boleh terus ke laman sosial Dr Mustafa di;
- Instagram: www.instagram.com/dr.mustafamt
- Facebook: www.facebook.com/dr.mustafamt
2) Klinik Pakar Pembedahan Dr Kirubakaran: Room No 135, 1st Floor,Block B, Gleneagles Hospital Penang, No 1, Jalan Pangkor, Pulau Tikus,10050 George Town Pulau Pinang, Malaysia.
3) Dr Eric Yong General & Laparoscopy Surgery, Consultant Suite 17, 1st Floor, Hospital Lam Wah Ee, 141 Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, 11700 Georgetown Pulau Pinang, Malaysia.
4) Dr Lim Surgery, Clinic C7, Ground Floor, Regency Specialist Hospital, 1, Jln Suria, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
ASMA Fikri ialah bekas wartawan Majalah Al-Islam.