Oleh Syed Wafa

LAH AHMAD, adalah antara penyanyi terkenal yang selalu mendendangkan lagu genre R&B.

Konsert Jatuh Cinta, Lah Ahmad yang bakal berlangsung pada 7 Oktober akan datang di Istana Budaya.Bagi Lah Ahmad konsert ini adalah khas buat peminat yang sentiasa merindui beliau beraksi di atas pentas secara live.

Sesuatu yang luar biasa,penjualan tiket telah mencapai hampir 70%, menunjukkan bahawa sambutan begitu menggalakkan dari peminat-peminat setia Lah Ahmad.

Konsert ‘Jatuh Cinta’ khas buat peminat setia Lah Ahmad

Sebelum ini single ‘Jatuh’ dilancarkan pada Disember 2022. Album ‘Jatuh’ telah dijual secara ekslusif sewaktu konsert 25 Years Lah Ahmad Live in Concert pada bulan Januari 2023 yang lepas.

Tajuk album diambil daripada salah satu lagu di dalamnya. Mengisahkan cinta seseorang yang telah lama dinantikan dan perasaan sayang hingga akhir hayat. Dari situlah konsert ini dinamakan Konsert Jatuh Cinta, Lah Ahmad

Kali ini konsert sekuel bakal diadakan di Istana Budaya, di mana saiz dan kapasiti lebih ramai dari yang sebelumnya.

“Banyak lagu dan memori yang ingin saya kongsikan bersama para peminat. Selain dari menyanyi lagu yang biasa dinyanyikan, kali ini ada banyak kelainan.

“Saya akan menyampaikan lagu cover yang pernah menjadi siulan peminat dan memang diimpikan untuk menyanyi bersama para peminat. Bakal direalisasikan di sini, khas untuk anda yang menonton.

“Yang pasti lagu Ayu, Sempurna dan Terbaik, Adinda dan Kerna Sayang bukan setakat nama untuk tiket konsert tetapi juga antara 21 lagu yang akan didendangkan sepanjang 2 jam persembahan”, Kata Lah Ahmad bersungguh-sungguh.

Terdapat kejutan atau gimik dalam konsert ini.Kejutan tersebut masih lagi rahsia dan terdapat juga artis undangan yang bakal menghiburkan pada malam tersebut bersama Lah Ahmad.

Akan ada segmen tribute seperti konsert terdahulu? Ini semua nantikan pada malam 7 Oktober 2023.

Menariknya Lah Ahmad akan bergabung bersama Orkestra Simfoni Universiti Malaya ini di bawah pimpinan YBhg Profesor Dr. Hanafi Husin iaitu Dekan Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya.

Lah Ahmad masih mantap di atas pentas

Menurut Lah Ahmad lagi pemilihan lokasi konsert di Istana Budaya adalah yang sesuai dengan konsep persembahan, iaitu bertaraf antarabangsa dan berprestij.

“In Sya Allah saya akan berikan yang terbaik, doakan agar ianya dapat di realitikan sepertimana yang dirancang”, harapan Lah Ahmad.

Istimewanya konsert ini akan diarahkan oleh Dato’ Reduan Yusof sebagai Pengarah Projek.Manakala Muhammad Shahwalnaz Hussin yang merupakan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya akan bertindak sebagai Pengarah Muzik.

Untuk rekod, sepanjang pembabitan Lah Ahmad di dalam industri, beliau telah menerbitkan 4 buah album di mana antara lagu yang popular adalah Sempurna dan Terbaik, Adinda, Kerna Sayang dan Ayu.

In Sha Allah saya buat terbaik untuk peminat

Konsert yang mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Digital serta My Creative Venture ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada peminat Lah Ahmad.

Selain dapat memajukan lagi industri dengan melahirkan banyak lagi konsert ataupun aktiviti seni supaya industri ini maju seiring dengan tema Malaysia Madani.

Tiket – tiket telah mula dijual 25 Ogos yang lalu dan boleh dibeli secara atas talian dengan melayari Lah Ahmad Jatuh Cinta at Istana Budaya – iLasso Tickets.

Previous articlePembedahan Bariatrik: Risiko pembedahan Bariaktrik (Bahagian 2)
Next articleSalam Maulidur Rasul 1445 Hijrah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here