Oleh Syed Wafa/ Foto Ehsan Ukhti Aminah
SESUATU yang luar biasa: Akhirnya ‘Sukma Rindu Jalan Ampas’ bakal dipersembahkan untuk peminat filem Melayu pada 4 November akan datang.
Majlis ini berjaya menghimpunkan barisan seniwati legenda filem Melayu klasik era Jalan Studio Jalan Ampas, iaitu Seniwati Zaiton Abdullah, K Fatimah, Normah Zainal, Dato’ Rosnani Jamil, Dayang Sofia, Sri Rahayu Sudarmaji dan Habibah Haron.
Turut menjayakan majlis gemilang ini bersama barisan artis hebat dari Singapura dan Malaysia. iaitu Biduan Eddy Ali, Rozita Rohaizad, P. Radhi, Rose Rusli dan bintang Cilik Putri Emily.
Pengacara pada malam itu ialah Rudy Djoe dan Sheera J serta duo musik terbaik Danial Ariffin Azman dan Abdul Shukor Jalil.
“Saya amat berharap peminat seniwati legenda ini tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan mereka dan merakamkan gambar kenangan,” kata Ukhti Aminah dari Wadah Seni Entertainment yang merupakan penganjur malam tersebut.
“Ada gimik dari seniwati legenda pada malam tersebut,” kata Ukhti lagi.
Bagi peminat legenda filem Melayu Studio Jalan Ampas khasnya, jangan lepaskan peluang bersama menyaksikan majlis yang menggamit memori ini dengan mendapatkan tiket-tiket berharga $S48 sahaja (jamuan Bufet) seorang. Tempahan boleh dibuat melalui Whatsapp di
https://wa.me/98829231
https://wa.me/88763536
Majlis tersebut akan diadakan di The Istana 1 @ Promenade, 86, Marine Parade Central, Level 2.Singapura pada pukul 7.45 malam.
Tunggu apa lagi, jom dapatkan tiket anda sekarang!
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.