Oleh Nafsiah Jani

NAMA Pushpanathan mungkin kurang dikenali penyokong bola sepak tanah air masa kini. Namun tahukah anda, beliau merupakan pemain utama Harimau Malaya yang mewakili skuad kebangsaan ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik 1980.

Kini dalam meniti usia tua, anak kelahiran Taiping, Perak ini diuji dengan penyakit dan kini Hospital Selayang adalah rumah kedua buatnya. Enam bulan lalu, Pushpanathan dimasukkan disini juga kerana menjalani pembedahan lutut. Terbaru beliau dimasukkan ke hospital setelah lebih sebulan mengalami masalah membuang air besar.

Kenangan beliau bersama Pasukan Harimau Melaya 1980

“Sebelum ini saya memang susah nak buang air besar. Bila dah terlalu sakit, saya dirujuk pada hari rabu dan esoknya saya terus menjalani pembedahan. Bila dah bedah ini barulah rasa okey sikit. Sekarang dia kena berjaga-jaga dari segi pemakanan, makan ubat dan ikut nasihat doktor,” katanya ketika ditemui baru-baru ini selepas menjalani pembedahan di bahagian usus.

Melihat wajah cerianya mungkin ramai tidak menyangka Pushpanathan sakit. Beliau juga bertuah sepanjang mendapatkan rawatan ramai sahabat lamanya yang datang melawat termasuk Datuk Rajagopal. Manakala bantuan juga diterima daripada Yayasan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membantu membiayai perbelanjaan rawatannya.

Kami di Ladybosz mendoakan semoga wira olimpik ini cepat sembuh.
Previous articleMBPJ anjur 1st Asia Pacific Youth Foklore Festival 2023
Next articlePes Ratu Tumis Rasa Rosz hangat di pasaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here