Oleh Syed Wafa / Foto Ehsan Ibnor Riza

PASTI peminat penyanyi era 80an ini tidak lupa dengan lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ dan ‘Berdiri Seorang Perindu’ yang sehingga kini menjadi malar segar.

Kini penyanyi bersuara lunak ini sedang diduga dengan penyakit kanser limfoma tahap empat.

“Saya tabah dengan dugaan ini dan saya kuat melawan penyakit yang saya hadapi sekarang”,kata Ibnor bersungguh-sungguh.

Ibnor Riza Ibrahim, 62, kini menjalani kemoterapi sebanyak enam kali di hospital bagi mematikan sel kanser dalam tubuhnya.

“Saya memerlukan kos sebanyak RM30,000 untuk melakukan dua lagi sesi kemoterapi di salah sebuah pusat perubatan kanser di Petaling Jaya”, jelas Ibnor.

Dua isteri Ibnor Riza yang setia menjaga beliau ketika berada di hospital.

Ibnor Riza amat terharu kerana ada rakan-rakan artis yang ingin meringankan bebanan beliau.

Rakan artis mengambil inisiatif mengumpul dana menampung kos rawatannya dengan mengadakan ‘ Malam Amal Ambang Merdeka- Malam Untukmu Ibnor ‘ yang akan diadakan di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Antara artis yang bakal membuat persembahan pada malam tersebut ialah Datuk Siti Fairuz,Jay Jay,Nizam Laksamana, seniwati legenda Sophia Ibrahim, Abon,Amran Nasarudin, Mubarak Majid dan Khairul.

Bagi mereka yang ingin berhibur sambil beramal bolehlah buat tempahan tiket anda di talian 019-9564070 (Faz) atau 019-7564070 (Azma) atau 019-9614070 (Alma).

Bagi mereka yang ingin meringankan bebanan beliau bolehlah salurkan di akaun Ibnor Riza Bin Ibrahim nombor akaun 114478024958 (Maybank).

Ibnor Riza juga ada meluahkan perasaan kecewa melalui media sosial kerana terdapat setengah individu yang mengecam beliau dengan berbagai tohmahan

“Saya tidak meminta simpati, jika mereka ingin membantu amat saya hargai dan hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik mereka”,kata Ibnor sebak.

Kami di Ladybosz mendoakan semoga Ibnor Riza cepat sembuh dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini…Amin.

Previous articleAznah Hamid nyaris jadi Nun (Biarawati)?
Next article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here