Oleh Syed Wafa

GOLONGAN LGBT seringkali dipandang negatif oleh masyarakat kita.

Adakah golongan ini sukar untuk didekati bagi membantu mereka berubah dan mendorong diri mendekati aktiviti keagamaan?

Pada 27 Ogos ini Pertubuhan Nur Muaqobah (PNM) bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menganjurkan Program Refleksi & Mengenal Keupayaan Diri.

Program ini akan berlangsung di MRI Residence, Sungai Buloh.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Nur Muaqobah (PNM) Norasikin Yunsi, pelbagai perisian dijadualkan bagi memberi kesedaran kepada golongan LGBT sepanjang program tersebut.

Ini termasuk, ceramah daripada wakil MAIS, pelancaran tabung khairat kematian PNM, solat berjemaah dan banyak lagi.

“Pihak kami juga menjemput dua penceramah untuk memberi motivasi kepada golongan LGBT ini, termasuk Puan Amelia Mohamed Amin yang akan menyampaikan ceramah refleksi dan mengenal potensi diri,” jelas Shikin

Norasikin Yunsi ( Kanan ) gembira dapat membantu golongan LGBT ke arah yang positif.

“Paling istimewa kami amat berbesar hati bahawa Syed Yusof Wafa, yang merupakan  seorang selebriti dan YouTuber terkenal sudi tampil memberi ceramah dan suntikan semangat kepada golongan LGBT ini untuk bergerak ke arah haluan lebih positif,” jelas Shikin lagi.

Sebelum ini banyak aktiviti telah dijalankan oleh PNM bersama MAIS dalam usaha untuk mendekatkan golongan LGBT dengan agama.

“Sebenarnya ramai mereka ingin pulang ke pangkal jalan tapi mereka tidak diberi peluang dan dorongan, kerana dipandang rendah oleh masyarakat,” kata Shikin.

Previous articleRahsia Kunyit untuk Kesihatan dan Kecantikan bagi Wanita
Next articleLuahan Hati Ibu Shila Amzah Buat Netizen Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here