Aktiviti kecergasan bersama komuniti Pound workout bersama Hanis.

Oleh: Khadijah Ibrahim

ADA di kalangan kita jarang sarapan pagi dengan alasan tidak sempat, sedangkan sarapan itu penting kerana ia membekalkan tenaga dan nutrien untuk memulakan hari, membantu meningkatkan tumpuan dan prestasi serta mengawal berat badan dan mengurangkankan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes.

Menyedari tabiat rakyat tempatan yang tidak menitik berat soal sarapan, sempena sambutan World Plant Milk Day, Yeo’s Malaysia memperkenalkan Cabaran Sarapan 30 Hari Yeo’s Bersama Immuno bagi menggalakkan rakyat Malaysia menghargai kembali kepentingan waktu sarapan sebagai langkah ke arah gaya hidup yang lebih konsisten dan sihat.

Pengurus Kanan Pemasaran Yeo’s Malaysia, Yvonne Lam berkata, Cabaran Sarapan 30 Hari Yeo’s adalah langkah kecil ke arah gaya hidup lebih sihat dengan membantu orang ramai membina rutin pagi yang lebih konsisten, menjadikan sarapan bernutrisi sebagai kebiasaan harian, serta berkongsi momen sarapan sihat bersama keluarga dan komuniti.

“Idea ini bermula sempena sambutan World Plant Milk Day, yang meraikan kebaikan serta manfaat susu berasaskan tumbuhan dalam kehidupan seharian.

“Susu Soya Yeo’s sebenarnya sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Rasanya yang enak serta teksturnya selembut sutera menjadikannya pilihan tepat.

“Kami pilih menganjurkan cabaran sarapan kerana sarapan adalah permulaan hari bagi setiap individu. Hari yang dimulakan dengan pilihan tepat, pastinya akan menjadi lebih lancar. Kami berharap cabaran ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk membina rutin terbaik demi kelancaran kehidupan seharian,” katanya.

Bersenam untuk kesihatan bersama Cabaran Sarapan 30 Hari Yeo’s Bersama Immuno di Rooftop Avenue K, baru-baru ini.

Ujarnya lagi, susu Soya Yeo’s Immuno sememangnya baharu, namun sudah digemari ramai kerana ia bukan sahaja menampilkan tekstur selembut sutera dan manfaat kesihatan untuk gaya hidup lebih sihat, malah memperjelas segmentasi Immuno dalam kedudukan rangkaian Soya Yeo’s.

Immuno adalah inovasi terbaharu dalam senarai Yeo’s Soya. Susu Soya Yeo’s Immuno merupakan varian terbaharu dalam rangkaian Soya Yeo’s. Ia mengandungi vitamin B6, zink dan kalsium bagi menyokong sistem imun dan membekalkan tenaga berpanjangan sepanjang hari dan produk tersebut disahkan halal.

Tampil dalam dua perisa, iaitu asli dan coklat, Susu Soya Yeo’s Immuno boleh didapati dalam pilihan pek 250ml, 380ml dan 1 Liter, menjadikannya sesuai untuk pelbagai keperluan dan gaya hidup, sama ada untuk dibawa ke sekolah, ke pejabat, atau dinikmati bersama keluarga di rumah.

Jelas Yvonne lagi, untuk Cabaran Sarapan 30 Hari Yeo’s itu, pihak mereka bekerjasama dengan pempengaruh Farisha Irish sejak 1 Ogos lalu.

“Dia telah sertai cabaran ini dan setiap hari dia akan muat naik di Instagram (IG) dan tunjuk sarapan yang diambil. Sebelum ini pun dia pernah kongsi suasana paginya yang kalut dan tak sempat sarapan.

“Sejak sertai Cabaran 30 Hari Yeo’s, dia sempat alas perutnya setiap pagi. Dia juga mengajak pengikutnya untuk sertai cabaran ini,” jelas Yvonne mengenai produk yang dibuat dengan begitu teliti dan mengambil masa yang lama untuk dilancarkan.

Cabaran Sarapan 30 Hari Yeo’s turut diperhebat dengan penganjuran acara gaya hidup sihat bertemakan Morning Wellness with Yeo’s, yang berlangsung pada 24 Ogos di Rooftop Avenue K.

Acara ini menggabungkan aktiviti kecergasan bersama komuniti POUND workout Bersama Hanis, di samping memperkenalkan Susu Soya Yeo’s Immuno sebagai pilihan sarapan yang enak dan berkhasiat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here