Spaghetti Ayam Buttermilk Katsu RM28.00.

Oleh : Nafsiah Jani

Bila bercakap tentang buttermilk ,sesetengah orang hanya terfikirkan buttermilk ayam sahaja. Namun bagi mempelbagaikan hidangan buttermilk, Restoran Rasa Rosz, IOI City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level 3, East Wing (berdekatan GSC) terpanggil untuk mevariasikannya kepada `Buttermilk Series’

Terdapat tiga pilihan `Buttermilk Series’ yang rangup dan lemak berkrim yang tak boleh anda lepaskan. Menu `Buttermilk Series’ ini ialah Nasi Ayam Crispy Buttermilk (RM25.00), Burger Crispy Chicken Buttermilk (RM33.00) dan Spaghetti Ayam Buttermilk Chicken Katsu (RM28.00).

Ayam rangup kuah buttermilk ini menawarkan rasa lemak berkrim yang enak, dari gigitan rangup yang pertama sehingga krim yang terakhir, rasa yang tak dilupa hanya terdapat di Restoran Rasa Rosz sahaja.

Bukan itu saja, jika anda terlalu sibuk tetapi teringin menikmati makanan di Rasa Rosz, semuanya berada di hujung jari anda. Hanya klik GrabFood untuk penghantaran makanan dan menikmati hidangan yang enak, lagi menyelerakan ini.

Burger Crispy Chicken Buttermilk RM33.00

Selain pelbagai variasi menu ‘Buttermilk Series’ pelanggan juga boleh memesan Set Lunch berharga RM16.90 dengan pelbagai pilihan menu antaranya Soto Ayam Terapung bersama bergedil (Signature Dish), menu paling popular iaitu Nasi Goreng Kampung (biasa /pedas) dan menu baru Nasi Ayam Berempah (kuah buttermilk/ gulai) dan Chicken Noodle Sup (Mi, bihun atau kuey teow). Bagi setiap pesanan Set Lunch, pelanggan juga mendapat air percuma teh o ais ataupun sirap ais.

Manakala pelanggan di cawangan AEON Big Wangsa Maju pula boleh menikmati Set Lunch ini pada harga RM14.90 serta mendapat air percuma teh o ais ataupun sirap ais. Set Lunch ini hanya ditawarkan pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata,“Kini hidangan `Buttermilk Series” menjadi pilihan seisi keluarga dan pelanggan yang berkunjung ke sini. Saya sedar pelanggan kini inginkan menu yang simple tetapi lazat. Itu sebabnya kami tampil dengan tiga menu berasaskan `Buttermilk Series’.

“Sejak dilancarkan beberapa minggu yang lalu pesanan makanan baru dan sedia ada melalui GrabFood kami juga semakin meningkat. Untuk pesan melalui GrabFood, macam biasa hanya muat turun aplikasi grab, taip Rasa Rosz IOI City Mall. Antara kawasan yang kami hantar sekitar Serdang, Puchong dan kawasan berdekatan Putrajaya.

“Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih makanan yang berat ataupun ringan. Saya harap pelanggan-pelanggan setia kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati `Buttermilk Series’ dan Set Lunch serta kesemua menu-menu yang terdapat di Restoran Rasa Rosz. Mungkin lepas ini kami akan perkenalkan lagi menu baru bagi tarikan kepada pelanggan.”

Nasi Ayam Crispy Buttermilk RM25.00

Selain Set Lunch ini, pelanggan juga boleh memilih menu-menu sedia ada di setiap Restoran Rasa Rosz. Menu di IOI City Mall Putrajaya ini, lebih kepada pemakanan sihat, berkhasiat dan berasaskan sayuran. Di sini juga ada tambahan lebih 13 jenis menu baru iaitu makanan sihat yang sesuai untuk mereka yang ingin berdiet.

Makanan sihat yang lain termasuk Burger, Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi.

Menu-menu yang diketengahkan dikedua-dua restoran ini mempunyai tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan. Selain hidangan biasa, Restoran Rasa Rosz juga turut menyediakan hidangan barat dengan citarasa Malaysia.

Bagi yang ingin menikmati hidangan enak dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

Manakala Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

“Buttermilk Series”
Dari Rangup ke Berkrim, Setiap Suapan Menjadi Mimpi.
Ayam rangup kuah buttermilk. Rasa kaya yang enak, dari gigitan rangup yang pertama sehingga krim yang terakhir, rasa yang tak dilupa hanya di Rasa Rosz.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Sambil bersembang anda boleh menikmati minum petang seperti suasana di kampung dengan hidangan lempeng bersama kari ayam, lempeng pisang bersama kelapa, cucur udang dan cucur kakiage

Mungkin masih terasa tidak puas atau tidak cukup kenyang, cubalah juga hidangan pencuci mulut pisang goreng bersama ice cream, milky peach ataupun ice sea coconut longan. Hidangan ini sangat enak jika dinikmati bersama teh tarik, matcha latte gula Melaka sejuk dan panas, terdapat juga minuman panas matcha latte dan matcha latte gula Melaka float.

Jika inginkan kelainan ketika menikmati hidangan petang tersebut, cubalah nikmati air terbaru Peach Laici. Gabungan rasa peach dan laici ini turut dimasukkan biji selasih bagi menyegarkan tubuh serta baik untuk kesihatan.

Selain Peach Laici, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan antaranya Epal Asam Boi, Sweet Splash, Calamansi Asam Boi, Tembikai Laici, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan boleh hubungi Restoran Rasa Rosz yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (013-8082772 -call / whatsapp) dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level East Wing sila hubungi (012-8217714).

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here