"Talk To My Manager" sebuah program baharu yang diperkenalkan oleh Astro.

Oleh: Khadijah Ibrahim

MULAI 24 Ogos ini, setiap Ahad, jam 9 malam, penonton di saluran Astro Ria (saluran 104) berpeluang menonton program realiti hiburan baharu, ‘Talk To My Manager’ sebuah pertandingan yang penuh emosi dan mendebarkan, menguji bakat, populariti, kepercayaan dan legasi sesebuah keluarga di pentas hiburan.

Program terbitan Astro yang juga boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka itu menampilkan format baharu yang segar dan unik kerana ia menampilkan pasangan manager (pengurus) dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti dan anak mereka sendiri.

Siti Saerah bersama anaknya, Amad.

Anak-anak akan menjadi tumpuan utama sebagai penghibur, manakala ibu bapa selebriti bertindak sebagai pengurus yang mengemudi arah kreatif setiap persembahan.

Seiring perkembangan industri hiburan, semakin ramai bakat generasi kedua tampil ke hadapan membawa perspektif baharu sambil meneruskan asas yang dibina oleh ahli keluarga mereka yang terkenal.

Hadie merupakan anak Ina Naim bersama arwah Suhaimi Saad.

Fenomena ini yang merentasi bidang nyanyian, lakonan, komedi, tarian dan lain-lain cabang seni kreatif, mencerminkan minat mendalam penonton terhadap konsep legasi dalam dunia seni persembahan.

Antara pasangan manager dan artis yang bakal membuat penampilan sulung musim ini termasuk Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara Aziz, Sharifah Shahirah & Auddra, Shuib & Thalita, Sharifah Zarina & Athalia, Ina Naim & Hadie dan Liza Hanim & Marsya.

Ameng dan Ammar.

Menyedari potensi ini, Astro mengambil inisiatif untuk menghasilkan format yang bukan sahaja mengetengahkan bakat baharu, tetapi turut meraikan bimbingan, pengorbanan dan cita-cita bersama yang menjadi pemangkin kejayaan merentas generasi.

Talk To My Manager menggabungkan selebriti ternama bersama anak mereka dalam suasana pertandingan yang menguji kemahiran, kreativiti dan daya ketahanan.

Bagaimanakah caranya Sharifah Shahira atau Shiera nak bimbing Auddra dalam program yang akan bermula pada 24 Ogos ini.

Setiap minggu, pasangan ini akan bekerjasama rapat dengan selebriti yang juga ibu atau bapa bertindak sebagai pengurus untuk membimbing perjalanan anak mereka menjadi penghibur profesional.

Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, Astro sentiasa percaya kepada kuasa legasi dalam membentuk landskap industri hiburan, dan kini kita menyaksikan gelombang baharu bakat generasi kedua yang mula menyerlah.

Adakah Thalitha mewarisi bakat Shuib atau arwah ibunya, Siti Sarah.

“Program ini memberikan peluang kepada para penonton untuk mengikuti perjalanan tersebut dengan lebih dekat, menyaksikan personaliti ternama berganding bahu bersama anak mereka untuk membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia hiburan bukan hanya bergantung kepada bakat, tetapi juga memerlukan dedikasi, ketahanan dan saling mempercayai satu sama lain.

“Bagaimanakah seorang artis dapat membimbing anak mereka untuk menghasilkan persembahan yang hebat pada setiap minggu? Para penonton boleh menjangkakan detik-detik penuh emosi, cabaran kreatif dan persembahan memukau setiap minggu yang akan memuncak dengan penobatan pasangan manager dan artis terunggul Malaysia serta meraikan legasi yang bakal menginspirasikan generasi akan datang,” jelasnya.

Pengarah Aziz M.Osman bersama anaknya, Ara Aziz.

Tambahnya, setiap minggu, peserta dan manager mereka akan menempuh cabaran kreatif, mengasah kemahiran dan mempersembahkan aksi bertenaga, sambil menguji kesabaran, kerjasama dan keserasian unik yang hanya wujud dalam hubungan keluarga.

Program ini akan dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Dato’ AC Mizal.

Liza Hanim dan Marsya tampak seperti kakak dan adik.

Format penjurian Talk To My Manager adalah berdasarkan 100% pemarkahan oleh barisan juri profesional yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu 60% kecekapan, kreativiti pengurusan dan strategi ‘manager’, dan 40% adalah dari keunikan persembahan dan kualiti vokal ‘artis’.

Pasangan manager dan artis yang meraih undian online tertinggi akan diberi ganjaran mingguan istimewa yang dapat membantu mereka dalam sesi penjurian pada minggu seterusnya.

Aznil Nawawi (kiri) sebagai hos program “Talk To My Manager”, Sarimah dan AC Mizal sebagai juri.

Antara ganjarannya adalah peluang kedua untuk membuat persembahan, penambahan markah dan juga kebolehan untuk memilih juri yang akan memberikan komen.

Para penonton boleh mula mengundi selepas diumumkan hos di akhir rancangan pada minggu tersebut dan boleh mengundi sepanjang minggu di lama rasmi Astro Gempak.

Program ini juga memaparkan elemen baharu di mana pasangan manager dan artis akan berdepan dengan media untuk menjawab apa sahaja persoalan ketika program sedang berlangsung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here