Persembahan eksklusif Hilmy ini membuktikan kehebatan beliau sebagai seorang pelawak komedi berdiri atau komedi tunggal (Stand-up comedy) yang sering dirindui oleh ramai pengikutnya di Malaysia dan kini bertaraf dunia.

Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Hilmy Ashley

Rata-rata penonton agak teruja dengan persembahan spontan pelawak terkenal, Hilmy Ashley di “Dukun Lawak Rompak Panggung” yang dipentaskan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya baru-baru ini.

Persembahan eksklusif Hilmy ini membuktikan kehebatan beliau sebagai seorang
pelawak komedi berdiri atau komedi tunggal (Stand-up comedy) yang sering dirindui oleh ramai pengikutnya di Malaysia dan kini bertaraf dunia.

“Saya rasa amat bersyukur dan terharu atas sambutan hangat daripada penonton. Ia bukan sahaja satu kejayaan peribadi tetapi satu kemenangan untuk semua yang terlibat. Melihat penonton ketawa, berfikir dan memberikan sokongan, itu sesuatu yang sangat bermakna buat saya dan persembahan ketiga terbesar saya selepas pentas Maharajalawak Mega 2017, “Opening Act” Mo Sidik World Tour Comedy Show & pementasan di Universiti Malaya,” kata Helmy gembira

Beliau yang juga telah mengharumkan nama Malaysia di Indonesia ketika terpilih menyertai ‘Stand Up Komidi Indonesia’ terbitan Kompas TV pada musim ketujuh dari 800 orang peserta dari pelbagai daerah di Indonesia. Dari program tersebut Hilmy telah mencipta nama di Indonesia dan mempunyai peminat yang tegar di sana.

“Saya rasa amat bersyukur dan terharu atas sambutan hangat daripada penonton. Ia bukan sahaja satu kejayaan peribadi tetapi satu kemenangan untuk semua yang terlibat. Melihat penonton ketawa, berfikir dan memberikan sokongan, itu sesuatu yang sangat bermakna buat saya dan persembahan ketiga terbesar saya selepas pentas Maharajalawak Mega 2017, “Opening Act” Mo Sidik World Tour Comedy Show & pementasan di Universiti Malaya,” kata Helmy gembira.

Menurut Helmy, beliau sangat gembira walaupun konsep kali ini berbeza tapi sambutan penonton luar biasa, malah ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan persembahannya. Penonton bukan sahaja memberi sokongan dengan ketawa dan tepukan, tetapi juga dengan mesej-mesej positif selepas pementasan kepada beliau.

Dengan sambutan hangat ini, Helmy bercadang untuk mengadakan semula pementasan ini dan sedang dalam proses perbincangan untuk beberapa lokasi baru serta juga konsep yang lebih segar. Beliau percaya cerita dan lawak yang jujur masih ada tempat dalam hati penonton.

“Untuk mendapatkan penajaan sangat terhad. Biasanya penaja lebih tertumpu kepada bidang hiburan yang lebih komersial. Tapi saya bersyukur kerana ada juga pihak yang masih percaya pada nilai seni dan berani menyokong stand-up comedy sebagai satu bentuk seni yang penting. Saya nak berterima kasih kepada Steven, Amy & Nich kerana mereka menjadi tulang belakang untuk saya untuk setiap persembahan dengan memakai pakaian eksklusif daripada “Summermen’s.”
“Kebanyakan penaja masih melihat stand-up comedy sebagai genre ataupun niche kurang potensi komersial. Tapi saya percaya dengan konsistensi, kualiti persembahan dan sokongan penonton, persepsi ini boleh berubah. Indonesia dah melakukannya malah acara stand-up ditunggu-tunggu dan penajaan terlalu banyak. Kita pasti ke situ. Saya pasti,” ujar Helmy lagi.

Helmy juga amat berharap untuk pentaskan teater ini di luar negara seperti di Indonesia.

“Ya, itu memang antara impian saya. Saya pernah audisi untuk program SUCI (Stand-Up Comedy Indonesia) dan dapat Golden Ticket. Jadi semangat untuk kembali ke sana dengan pementasan penuh sangat tinggi. Selain Indonesia, saya juga bercita-cita untuk bawa stand-up saya ke negara-negara serantau lain seperti Singapura dan Brunei,” kata Helmy penuh semangat.

Helmy juga meluahkan perasaan kecewa beliau apabila agak sukar untuk mendapat penajaan dalam mengadakan pementasan seperti ini.

Bila ditanya tips untuk berjaya menjadi seorang stand-up comedy seperti beliau, dengan tegas Helmy menjawab.

“Pertama, jujurlah dalam berkarya. Kedua, rajin menulis dan uji bahan berkali-kali. Ketiga, fahami penonton dan jangan takut gagal. Dan paling penting, jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap pelawak ada cara dan perjalanan unik mereka sendiri. Apa yang penting hujungnya kita nak menghiburkan semua,”kata Helmy bersungguh-sungguh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here