Oleh: Syed Wafa
Foto: Syed Wafa (Yang Berkunjung Ke Pekanbaru baru-baru ini)
Sesuatu yang luar biasa, akhirnya Mahkota Sultan Siak kembali ke Riau setelah 80 tahun dan disambut dengan penuh Adat Melayu yang gilang gemilang.
Sebelum ini mahkota yang penuh daulat ini disimpan selama lebih dari 80 tahun di Muzium Nasional Indonesia di Jakarta,
Saat bersejarah ini amat ditunggu oleh masyarakat di Riau, Mahkota Sultan Siak Sri Indrapura akhirnya tiba di Pekanbaru dan diserahkan secara resmi ke Lembaga Adat Melayu (LAM) Riau pada hari Rabu bersamaan 6 Ogos yang lalu.

Proses pembuatannya dilakukan di lingkungan Istana Siak dan mengandungi makna spiritual dan simbol yang mendalam.
Ketibaan mahkota bersejarah ini disambut dengan penuh adat Melayu serta dikawal ketat oleh pegawai polis khas sebelum diarak ke bangunan LAM Riau di Jalan Diponegoro, Pekanbaru.
Mahkota Kesultanan Siak Sri Indrapura ini telah menjadi salah satu tarikan utama dalam “Pameran Pembangunan Hari Jadi ke-68 Provinsi Riau” yang disambut pada 7 hingga10 Ogos yang lalu di Jalan Sultan Syarif Kasim berhampiran Masjid Raya Annur Pekanbaru.

Mahkota kemegahan bangsa Melayu itu merupakan simbol keikhlasan dan komitmen besar Sultan Syarif Kasim II terhadap kemerdekaan Indonesia.
Kesultanan Siak Sri Indrapura atau Kesultanan Siak ialah sebuah kerajaan di wilayah Riau, Indonesia yang wujud pada tahun 1723 sehingga tahun 1946. Kerajaan Siak yang berdaulat ini diasaskan oleh Raja Kecil daripada Kerajaan Pagar Ruyung dan Johor.

Sambutan yang penuh bersejarah ini dihadiri Gabenor Riau iaitu Abdul Wahid, Bupati Siak, Dr. Afni Zulkifli dan ahli perniagaan terkenal tanah air yang juga merupakan waris paling dekat dengan Kesultanan Siak, Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir atau lebih dikenali Tan Sri Jojo iaitu keturunan dari Tengku Mangkubumi Kerajaan Siak Sri Indrapura.
Menurut Syed Yusof, beliau amat berbangga kerana dapat merealisasikan hasrat untuk membawa pulang Mahkota Kesultanan Siak biarpun untuk seketika tetapi dipamerkan kepada masyarakat di sini supaya mereka berbangga dengan kerajaan yang berdaulat dan telah banyak berjasa ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu terus bersatu dan pastikan semangat
dan silaturahim
Ini tidak hilang dan terus berkembang bersama kami di bumi riau,” kata Abdul Wahid penuh semangat.
“Bukan perkara mudah untuk membawa mahkota ini pulang ke tempat asalnya, pihaknya bersama Bupati Siak dan Gabenor Riau mengambil masa sebulan untuk melobi membawa keluar mahkota termasuk pedang dan pingat kebesaran Kesultanan Siak itu dan akhirnya tercapai,” kata Syed Yusof bangga.
Menurut Syed Yusof, Mahkota ini dibuat dari emas seberat sekitar dua kilogram itu dihiasi dengan taburan batu permata berupa intan dan delima.

Proses pembuatannya dilakukan di lingkungan Istana Siak dan mengandungi makna spiritual dan simbol yang mendalam.
Selain Mahkota, Sultan Siak ketika itu turut menyumbang dana bernilai jutaan untuk perjuangan Indonesia yang baru sahaja mencapai merdeka.

“Dalam masa terdekat ini, saya akan menyuruh semua warga di Siak bersama-sama wajib meletakkan foto Sultan Siak sebagai tanda taat setia kepada baginda,” ujar Afni Zulkifli bersungguh-sungguh.
Biarpun dipamerkan hanya seketika dengan keizinan diberikan oleh pihak Muzium Nasional Indonesia di Jakarta, ia sudah cukup melepaskan rindu anak pinak keturunan Sultan Siak terhadap pemerintahan yang didirikan oleh Raja Kecik, putera Sultan Mahmud Syah II, Sultan Johor ke-10 dan isterinya yang bernama Cik Pung.
Gabenor Riau, Abdul Wahid turut mengajak rumpun Melayu di Malaysia untuk datang ke Riau dan menyaksikan sendiri sejarah yang ada kaitannya dengan Tanah Melayu terutama di Melaka dan Johor.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu terus bersatu dan pastikan semangat dan silaturahim Ini tidak hilang dan terus berkembang bersama kami di bumi riau,” kata Abdul Wahid penuh semangat.
Bupati Siak, DR.Afni Zulkifli turut teruja dengan kembalinya mahkota ini ke Pekanbaru dan inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh beliau.

“Dalam masa terdekat ini, saya akan menyuruh semua warga di Siak bersama-sama wajib meletakkan foto Sultan Siak sebagai tanda taat setia kepada baginda,” ujar Afni Zulkifli bersungguh-sungguh.
Pihak Ladybosz amat berbesar hati kerana Syed Yusof sudi mengundang ke majlis yang penuh bersejarah ini dan turut diundang Wafa TV serta Metra Syahril,Ketua Pengarang UtusanTV bagi menyaksikan kembalinya Mahkota Siak yang sungguh berdaulat ke bumi Riau.

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.









