Tuan Shuhaimi Embong, Ketua Pengarah KU HARAKI MALAYSIA berharap acara ini akan memberi peluang kepada usahawan untuk menjana pendapatan.

Oleh : Syed Wafa

Putrajaya bakal menjadi tumpuan warga usahawan dari seluruh negara apabila Himpunan Seribu Usahawan SERU 25’ anjuran Kelab Usahawan Haraki Malaysia (KU HARAKI) berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos ini di Shaftsbury Putrajaya.

Program keusahawanan berskala besar itu dijangka menghimpunkan lebih 1,000 usahawan tempatan daripada pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, teknologi digital, pertanian moden, pendidikan, kesihatan, fesyen, serta produk halal dan mesra Muslim.

Setiausaha KU HARAKI Malaysia, Dato’ Hajah Suhaili Yosop berkata, program ini membawa aspirasi tinggi dalam menyatukan kekuatan ekonomi ummah melalui jaringan strategik, pemindahan ilmu dan peluang perniagaan.

Acara ini menjadi platform penting untuk membina rangkaian strategik antara usahawan, pelabur, agensi kerajaan dan institusi kewangan dalam usaha mengukuhkan ekonomi ummah.

Setiausaha KU HARAKI Malaysia, Dato’ Hajah Suhaili Yosop berkata, program ini membawa aspirasi tinggi dalam menyatukan kekuatan ekonomi ummah melalui jaringan strategik, pemindahan ilmu dan peluang perniagaan.

Dato’ Hajah Suhaili Yosop bersama Timbalan Pengarah 2 KU HARAKI MALAYSIA, Puan Hajah Aziah Mohd Sa’ad.

“SERU 25’ bukan sekadar sebuah perhimpunan, tetapi satu gelombang kebangkitan ekonomi usahawan Muslim. Ia menjadi titik pertemuan antara semangat perjuangan dan hala tuju baharu para usahawan Muslim di Malaysia.

“Pertemuan ini merupakan ruang bukan hanya untuk membina jaringan tempatan tetapi juga merintis peluang pasaran antarabangsa melalui kolaborasi dan MOU rentas sempadan.

Menurut Hajah Suhaili lagi,“Matlamat SERU 25’, menyediakan platform jaringan dan kolaborasi sesama usahawan, menyampaikan ilmu dan inspirasi melalui sesi perkongsian bersama tokoh-tokoh industri. Perjumpaan ini juga bakal memberi idea tentang peluang pasaran, pembiayaan melalui sesi pitching dan business matching serta menyerlahkan kekuatan ekonomi ummah melalui soladariti keusahawanan.”

Bersama Kelab Usahawan Ku Haraki Malaysia.

Antara pengisian utama termasuk sesi SERU Talk dan Forum Usahawan bersama tokoh industri, pembentangan idea oleh usahawan muda dan startup dalam sesi pitching, pameran produk dan jualan serta penyampaian Anugerah SERU 25’ yang memberi pengiktirafan kepada usahawan cemerlang dan berpotensi besar.

Program ini juga akan menyaksikan pelancaran Montaj 10 Tahun KU HARAKI sebagai simbolik kepada satu dekad perjalanan dan pencapaian kelab dalam memartabatkan agenda keusahawanan ummah.

Dalam usaha memperluaskan jaringan rentas sempadan, beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) akan dimeterai dengan dewan usahawan dari negara jiran termasuk Brunei, Thailand dan Indonesia.

Penganjuran SERU 25’ turut mendapat kerjasama pelbagai agensi dan institusi penting negara seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), AMBANK, Bank Rakyat dan KOOP Bank.

Penyertaan agensi-agensi ini dijangka membuka ruang lebih luas kepada usahawan tempatan untuk mendapatkan sokongan pembiayaan, bimbingan dan khidmat nasihat perniagaan secara terus sepanjang acara berlangsung.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis bagi menyokong produk tempatan, menyertai aktiviti interaktif serta memeriahkan suasana melalui pelbagai acara menarik termasuk bengkel keusahawanan, sesi libat urus bersama agensi, pelancaran produk dan cabutan bertuah.

Maklumat Pendaftaran dan Penyertaan: 🌐 Laman Web: www.kuharaki.com 📌 Borang Pendaftaran Rasmi: https://share.google/m9HJhkkEdZMPTaakq 📱 Facebook: KU Haraki. Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-7177700.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here