Image by Freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Bila bercakap mengenai kemaluan, pasti ramai yang malu bila bercerita mengenainya sedangkan inilah bahagian yang paling penting dalam menjaga kebahagiaan rumahtangga. Dikhabarkan banyak perceraian berlaku disebabkan isteri tidak pandai menjaga bahagian kemaluan atau lebih senang digelar Miss V hingga menyebabkan ia mengeluarkan bau yang kurang enak.

Semua wanita pasti inginkan yang terbaik buat Miss V mereka. Kadangkala, walaupun sudah terlalu menjaga namun masih terasa tidak bersih dan berbau. Dalam sibuk menjaga Miss V, anda perlu berhati-hati ketika membersihkannya.

Miss V ini jika tidak dijaga atau dibersihkan dengan betul, pasti akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Bagi mengatasi masalah ini, agar anda sentiasa disayangi suami atau orang tersayang cuba amalkan petua yang diberikan.

Walaupun Miss V ini sensitif, tapi penjagaannya amat mudah. Tetapi, anda perlu tahu bahagian mana anda boleh cuci, dan bahagian mana yang perlu dielakkan!

Namun jika terdapat gejala yang tidak normal seperti bau yang busuk, gatal-gatal, atau sakit pada Miss V, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya.Selamat mencuba.

Image by Freepik
  1. Jika ingin mencuci vagina, elakkan guna sabun wangi atau sabun antibacterial kerana sabun jenis ini boleh mengganggu kestabilan pH vagina anda.
  2. Untuk bersihkan bahagian ini tidak perlu berbelanja besar, cukup sekadar guna air suam dan sabun tanpa pewangi setiap hari. Guna air suam untuk cuci kemaluan anda. Kemudian, keringkan dengan tuala.
  3. Selain itu, amalkan kaedah membasuh dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya.
  4. Selain daun sirih, cuka epal juga dapat membantu mengatasi mengurangkan bakteria dan bau yang tidak menyenangkan pada Miss V. Caranya mandi berendam dalam air suam yang bercampur dengan cuka epal. Insya-Allah anda akan gembira dengan hasilnya.
  5. Elakkan pakai seluar yang terlalu ketat dan diperbuat daripada bahan sintetik. Sebaliknya gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kapas jika anda mudah mengalami gatal-gatal pada kawasan intim.
  6. Selain mengandungi eugenol, daun pandan mempunyai bau wangian tersendiri. Setelah dicuci, tumbuk daun pandan sehingga halus. Selepas itu tapis dan ambil airnya. Campurkan 1 sudu madu bagi menghilangkan rasa kelat air daun pandan. Minum setiap hari selama 2 minggu yang pertama. Jika berkesan, buat 2 atau 3 kali seminggu.
  7. Elakkan daripada memakai seluar dalam jenis thong kerana ia boleh buatkan kemaluan anda gatal.
  8. Jangan sesekali sembur deoderan gunakan tisu basah, minyak pati ataupun apa-apa produk yang mempunyai pewangi ke atas vagina anda.
  9. Untuk menyihatkan dan menghilangkan bau pada Miss V eloklah berendam dalam air rebusan daun sirih. Rebusan air daun sirih sangat bagus kerana ia mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria.
  10. Makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan juga Probiotik yang dapat membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam badan termasuk dikawasan Miss V. Sumber probiotik terbaik adalah tempe dan yogurt

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here