Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Hilmy Ashley
Pasti nama Hilmy Ashley tidak asing lagi bagi peminat dunia jenaka atau komedi tanah air. Beliau insan seni berbakat besar, bukan sahaja berbakat dalam dunia pengacaraan, pelakon malah dalam bidang nyanyian RAP.
Bagi peminat setia Hilmy. tentunya ini peluang keemasan untuk menyaksikan beliau beraksi kembali di pentas secara solo. Persembahan Hilmy “Dukun Lawak Rompak Panggung” yang bakal dipentaskan esok di Panggung Eksperimen Universiti Malaya pada pukul 8.30 malam.

Persembahan eksklusif Hilmy ini membuktikan kehebatan beliau sebagai seorang
pelawak komedi berdiri atau komedi tunggal (Stand-up comedy) yang sering dirindui oleh ramai pengikutnya di Malaysia.
Beliau yang juga telah mengharumkan nama Malaysia di Indonesia ketika terpilih menyertai ‘Stand Up Komidi Indonesia’ terbitan Kompas TV pada musim ketujuh dari 800 orang peserta dari pelbagai daerah di Indonesia. Dari program tersebut Hilmy telah mencipta nama di Indonesia dan mempunyai peminat yang tegar di sana.

Tidak hairanlah bakat Hilmy dalam dunia seni diwarisi dari seniwati legenda terkenal tanah air iaitu Allahyarham Datin Noor Azizah yang juga merupakan nenek saudara beliau.
Bagi mereka yang merupakan peminat ‘Stand-up comedy’ jangan lepaskan peluang ini, tempah tiket anda sekarang di QR Code yang disediakan atau hubungi di talian
+60 13-279 0191.
Semoga anda terhibur!

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.









