Oleh: Khadijah Ibrahim
DALAM tempoh dua hari sesiapa yang berkunjung ke MAEPS, Serdang. (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) pada 11 dan 12 Oktober ini berpeluang menonton persembahan daripada 33 artis Malaysia dan Indonesia.
Pada tarikh tersebut, akan berlangsungnya, AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink dengan lebih berani, lebih lantang, dan lebih meletup berkonsepkan “Paint the Town Red”. Warna merah dipilih sebagai simbolik melambangkan tenaga, keberanian, dan semangat gabungan sempurna Hausboom, AirAsia dan Hotlink.
Kolaborasi epik Hasuboom bersama AirAsia menjadikan festival ini lebih daripada sekadar festival muzik. Tahun ini, AirAsia tampil sebagai rakan kolaborasi utama, membawa pengalaman menyeluruh yang menggabungkan hiburan, gaya hidup dan pelbagai kejutan eksklusif.
Barisan penghibur utama yang bakal menggegarkan pentas festival tidak kurang hebatnya, termasuk legenda muzik tanah air seperti Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Def-Gab-C, Slam, serta nama besar lain seperti Noh Salleh & Restoe Iboe, Bunkface, K-Clique, 6ixth Sense, Spider, Salammusik dan Gerhana Skacinta.

Pengunjung juga bakal dihiburkan oleh artis-artis popular dan bakat segar tempatan seperti Dolla, Insomniacks, No Good, Benzooloo, Slatan, Johny Comes Lately, Margastawa, Empty Page, DJ Fuzz, dan ramai lagi yang menjanjikan persembahan penuh tenaga dan vibe yang tidak dapat dilupakan.
Hausboom juga mengundang beberapa artis dari Republik Indonesia untuk para peminat muzik serantau seperti Samsons, Bernadya, Kunto Aji, Feby Putri, Nadhif Basalamah, dan Ghea Indrawari.
Turut memeriahkan festival adalah barisan bakat baharu tempatan seperti Lucidrari, LOKO, FUGO, TT.13, Spooky Wet Dreams, dan The Rudean, menambah kelainan dan kepelbagaian pengalaman hiburan kepada pengunjung.
Sempena penganjuran acara besar-besaran ini, Hausboom turut melancarkan Kempen AirAsia x Hausboom: Scan & Win, memperkenalkan label khas edisi terhad pada semua sembilan perisa minuman dengan QR Code unik dan boleh didapati di rangkaian kedai terkemuka seperti 7- Eleven, Kedai Mesra Petronas, Shell Select, Pasaraya AEON BiG dan semua outlet-outlet terkemuka di seluruh Malaysia.
Setiap imbasan memberi peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk 10 Tiket Penerbangan Percuma Tanpa Had Selama Setahun (AirAsia Unlimited Free Flights), tiket penerbangan pergi-balik ke 18 destinasi, baucar AirAsia MOVE, AirAsia RIDE & Ikhlas.com, hadiah tunai sehingga RM50,000, dan tiket percuma ke AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink.

Kempen ini bermula sejak Mei 2025 dan akan berterusan sehingga Disember 2025, dengan lebih ribuan pemenang setakat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi berkata, festival pada tahun ini juga merupakan tahun kedua Hotlink bekerjasama dengan Hausboom sebagai rakan kolaborasi rasmi.
“Hotlink memperjuangkan lebih nilai untuk pengguna bijak berbajet, membolehkan mereka menikmati lebih apa yang mereka sukai. Melalui kolaborasi ini, kami ingin memberikan lebih banyak nilai dan ganjaran kepada semua peminat festival.
“Selaras dengan itu, Hausboom dan Hotlink akan melancarkan empat tin Hausboom edisi terhad yang boleh didapati di kedai-kedai seluruh negara, untuk memberikan nilai tambah untuk pengguna Hotlink.
“Dengan mengimbas kod QR pada tin-tin ini, pengguna boleh sertai Hotlink dan mengakses ganjaran Menang Ahad, di mana mereka pasti akan menang hadiah setiap hari Ahad. Jumlah hadiah termasuk 1,000 tiket percuma ke festival tersebut, telefon pintar, tambah nilai prabayar, internet percuma dan baucar makanan dan minuman,” jelasnya.
Tambahnya lagi, sepanjang festival, booth Hotlink juga akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan, cabutan hadiah dan banyak lagi untuk memberikan nilai tambah kepada pengguna bijak berbajet.

Ujar Azri Zahier, tahun ini juga Hausboom turut bergabung tenaga dengan Perodua untuk memberikan pengalaman festival yang lebih luar biasa.
“Setiap pemegang tiket AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink berpeluang memenangi sebuah Perodua Ativa serba baharu melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diumumkan secara langsung di pentas utama sepanjang festival.
“Inilah pertama kali hadiah sebesar ini ditawarkan, menjadikan festival bukan sahaja pengalaman muzik yang menyeronokkan tetapi juga peluang untuk pulang dengan kereta baharu,” katanya.
Hausboom bakal bekerjasama dengan Pin Yang, pemilik platform saluran makanan terkenal KL Foodie yang sangat dikenali di TikTok dan Instagram, bagi membawakan Hausboom KL Foodie Fest, sebuah festival yang menghimpunkan lebih 100 vendor makanan unik, daripada juadah jalanan yang menarik, hidangan popular, hingga sajian istimewa yang sukar ditemui.
Selain muzik, Hausboom Lokal Fest 2025 bakal menjadi tarikan kepada semua pengunjung. Ia menampilkan lebih 80 jenama “streetwear & lifestyle” termasuk SVG, Makerz, Kyrex, The Capcity, serta koleksi thrift (barangan terpakai / koleksi terpilih) eksklusif yang terpilih hasil kerjasama dengan rakan rasmi Lokal Fest, SOVO.
Bagi yang ingin hadir ke festival tersebut tiket berharga dari RM119 (General Admission), RM299 (Rockzone) dan RM1,200 (VVIP) sudah boleh dibeli di https://sayalive.io/hausboomfestival2025

Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia serta Berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7.









