Reza Rahadian aktor serba boleh.

Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Koleksi Syed Wafa

Reza Rahadian Matulessy bukanlah sekadar nama di persada seni Indonesia. Dalam usia 38 Reza telah menceburi diri dalam pelbagai bidang sebagai pelakon, penyanyi, penulis, model dan terbaru sebagai pengarah filem.

Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian, menyatakan kesediaannya untuk terlibat dalam industri perfileman Malaysia sekiranya diberi peluang. Menurut Reza, sebelum ini sudah ada tawaran untuk berlakon di sini, namun kekangan jadual membuatkan hasrat itu belum kesampaian.

Gandingan mantap Reza Rahadian dan Bunga Cinta Lestari dalam filem Habibie & Ainun.

“Sudah tentu saya terbuka untuk mencuba nasib di sini. Memang sebelum
ini ada beberapa tawaran, tapi jadual saya ketika itu tidak mengizinkan,” katanya ketika ditemui semasa Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) baru-baru ini.

Reza juga berkongsi bahawa beliau pernah bekerjasama dengan beberapa pelakon Malaysia seperti Bront Palarae dan Ady Putra dan kini turut memasang impian untuk bekerjasama dengan pelakon popular, Zizan Razak.

Reza sanggup berubah wajah untuk tampil dengan watak yang diberikan.

“Saya juga berminat untuk bekerjasama dengan Zizan Razak. Dan… saya memang ada impian nak bergandingan dengan pelakon wanita Malaysia yang saya sangat kagumi, Sharifah Amani. She’s good, she’s a good actress,” ujar Reza yang juga pernah menghasilkan buku, Mereka Yang Pertama.

Reza berada di Malaysia sebagai juri dan juga bagi menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Dalam Filem (Excellent Achievement in Film) sempena penganjuran MIFFest tahun ini.

Pembabitannya lebih 20 tahun dalam industri hiburan telah menyedarkan Reza untuk terus bersyukur dengan apa yang dikecapinya hingga kini.Reza anak kelahiran Bogor ini dibesarkan sendirian ibunya, Pratiwi Widantini Matulessy sejak usianya enam bulan.

Anak ibu…Reza Rahadian bersama ibu tercinta.

Ayah Reza merupakan keturunan Iran Dan ibunya pula dari Maluku.

Reza Rahadian memeluk agama islam ketika usianya 19 tahun dan walaupun ibunya beragama Kristian namun hubungan kedua mereka tetap terjalin baik. Selain berlakon Reza cuba berjinak-jinak dengan dunia pengarahan dan filemnya, Wanita Tetap Wanita Isyarat dan terbaru Pangku (2025).

“Sekarang adalah masa untuk saya refleksi diri…mencermin kembali atas apa yang telah dilakukan. Belajar dari apa yang telah terjadi dan akan terus pandang ke depan.

“Itu sebabnya kini saya berjinak-jinak nak jadi pengarah pula. Walaupun dah bergelar pengarah namun saya akan teruskan berlakon kerana ini adalah jiwa saya. Bergelar pengarah pula adalah minat yang saya banyak pelajari ketika berada dilokasi.

Filem My Stupid Boss lakonan Reza dan Bunga Cinta Lestari yang turut dijadikan drama bersiri di Indonesia.

“Buat masa ini saya belajar dari apa yang saya tengok ketika berada di set dan saya juga banyak bertanyakan pengarah mengenai dunia pengarahan. Rasanya tidak ada masalah nak jadi pengarah walaupun saya tidak mengikuti sebarang kursus pengarahan. Pengalaman banyak mengajar saya.”

Reza kini sedang menjalani pengambaran filem Black Coffee di Aceh. Baginya tiada istilah berehat selagi ada tawaran yang diterima.

“Selalunya selepas shooting sebuah filem, saya akan berehat selama tiga atau empat bulan bergantung pada keadaan. Selalunya sebelum terima tawaran berlakon saya suka lihat kepada skrip terlebih dahulu. Antara bentuk filem yang saya suka ialah yang berbentuk drama kerana ia banyak membicarakan tentang kehidupan, philosopi dan cinta.

Reza (kanan) sewaktu pelancaran bukunya, Mereka Yang Pertama pada hujung April lalu.

“Macam filem Pangku arahan saya ini lebih kepada cerita kemanusiaan iaitu perjuangan seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak. Cerita ini adalah kisah benar dan saya teruja untuk menjadikannya sebagai sebuah naskah dan karya yang terbaik,’’ kata Reza lagi.

Bakat Reza anak sulung daripada dua beradik ini menyerlah sejak dibangku sekolah lagi dengan aktifnya beliau menyertai kegiatan anjuran sekolah. Minatnya terhadap bidang seni diteruskan bila menyertai drama bersiri Bidadari dari 2003 hingga 2004.

Kariernya bermila dari dunia peragaan selepas bergelar juara bagi kategori Favourite Top Guest d untuk majalah Aneka Yess! Pada tahun 2004.

Pada mulanya dalam filem arahan Hanung Bramantyo bertajuk Perempuan Berkalong Sorban wataknya sebagai pelakon pembantu sahaja. Namun setelah uji bakat, Reza terus ditawar memegang watak utama sebagai Samsuddin.

Duta MiFFest, Daiyan Trisha menyampaikan Anugerah Pencapaian Cemerlang kepada pelakon dan pengarah, Reza Rahadian.

Kejayaan Reza membawakan watak sebagai lelaki yang kasar dan berpoligami ini telah melayakkan Reza untuk memenangi anugerah Piala Citra bagi kategori Pemeran Pendukung Pria Terbaik (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik).

Memiliki wajah yang tampan, karisma yang tinggi dan lakonan yang mantap membuatkan Reza terus ditawarkan pelbagai watak utama dalam filem. Antaranya 3 Hati Dua Dunia, Satu Cinta dan Alangkah Lucunya (Negeri Ini) yang membolehkan Reza dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Indonesia 2010.

Selepas itu, Reza dianugerahkan pula Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Indonesia 2013 ( Habibie & Ainun) dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Indonesia 2016 (My Stupid Boss)

Reza Rahadian pelakon Indonesia yang sungguh berbakat besar

Antara filem lakonannya dalam filem ialah Habibie & Ainun, Perahu Kertas, Pulau Hantu 2, Kirun dan Adul, Queen Bee, Perjaka Terakhir, Emak Ingin Naik Haji, Hari Untuk Amanda, Jakarta Maghrib, Dilema, Love Story, Broken Hearts, Ketika Tuhan Jatuh Cinta, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, Wanita Tetap Wanita, Perahu Kertas 2, Talak 3, 3 Srikandi, Pendekar Tongkat Emas, Yasmine dan Strawberry Surprise.

Selain aktif dengan lakonan filem dan drama televisyen, Reza juga seronok berlakon teater. Antara teater yang pernah dibintanginya ialah Bunga Penutup Abad (2017), Anugerah Terindah (2020), Mereka yang menunggu di Banda Naira (2021) dan Setelah Lewat Djam Malam (2022), Om William Kita (2024) dan Dag Dig Dug(2025).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here