Iskandar Zulkarnain kini tampil dengan single "Sewaktu Bahagia" bagi meneruskan kerjaya seninya.

Oleh: Khadijah Ibrahim

DULU sewaktu Iskandar Zulkarnain Shafin menyanyikan lagu “Sudah Ku Tahu” pada 2016 namanya sebagai vokalis kumpulan Projector Band sentiasa meniti di bibir peminat rock tempatan.

Namun jodohnya bersama Projector Band tidak berpanjangan apabila pada 2022, namanya diumumkan bukan lagi sebagai penyanyi untuk kumpulan tersebut.

Kini setelah sekain lama menyepi, Iskandar atau Is tampil dengan single solo terbaharu berjudul “Sewaktu Bahagia”. Lagu yang penuh emosi ini diterbitkan di bawah label Luncai Emas, yang menandakan perjalanan seninya untuk terus mengatur langkah.

‘’Sewaktu Bahagia’’ dicipta dan ditulis oleh Aidil AF dan Jeremy Erskine yang berdasarkan kisah benar yang dialami oleh mereka kerana kegagalan dalam percintaan. Lagu ini merupakan luahan hati yang jujur, disulami dengan keindahan melodi dan kepedihan perasaan.

Mungkin sudah ditakdirkan yang Iskandar bakal menyanyikan lagu ciptaan Aidil kerana mereka dipertemukan dengan secara tak sengaja. Aidil bersahabat dengan sepupu Iskandar iaitu Nabil.

Iskandar adalah bekas vokalis Projector Band dan popular dengan lagu “Sudah Ku Tahu” sebelum ini.

Suatu hari, Nabil menyampaikan kepada Aidil bahawa Iskandar sedang mencari peluang kedua untuk bangkit semula dalam industri muzik. Tanpa berlengah, Aidil memperkenalkan Iskandar kepada pihak Luncai Emas dan dari situlah lahirnya kerjasama ini.

‘’Saya amat berbesar hati dan bersyukur dapat bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Aidil Af dan Datuk M. Nasir. Lagu ini bukan sahaja mencerminkan kisah peribadi, tetapi juga lambang kebangkitan semula saya dalam dunia muzik.

“Terima kasih atas segala doa dan sokongan. Semoga anda semua menyokong saya yang sudah lama tidak ada karya baharu ini,” katanya penuh harapan.

Iskandar turut menyatakan harapannya agar ‘’Sewaktu Bahagia’’ bukan sekadar diterima baik, tetapi mampu menjadi lagu malar segar yang terus relevan merentasi generasi.

Sementara itu, Hidayat Nasir, seorang penerbit muda diberi tugasan untuk menggalas tanggungjawab menerbitkan single ini.

Iskandar adalah bekas vokalis Projector Band dan popular dengan lagu “Sudah Ku Tahu” sebelum ini.

“Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menerbitkan lagu terbaharu nyanyian Iskandar Zulkarnain, hasil ciptaan Aidil, yang menandakan kemunculan semula Iskandar selepas beberapa tahun tanpa karya baharu.

“Kolaborasi ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan pihak Luncai Emas yang mempercayai kemampuan saya sebagai penerbit baharu.” kata Hidayat Nasir yang juga pemain gitar kumpulan Pitahati.

Jelas Hidayat, antara cabaran utama sewaktu menerbitkan lagu ini adalah untuk memastikan lagu tersebut sesuai dengan sifat maskulin Iskandar.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan produksi hebat yang turut terlibat, termasuk Zahar dari Pitahati sebagai pemain gitar dan Faliq Mohd selaku jurutera bunyi.

“Tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan abang Ujang dari Exists selaku pemain dram untuk single “Sewaktu Bahagia” ini,”’ jelas Hidayat.

Tambahnya, proses penghasilan lagu ini turut mendapat sentuhan istimewa daripada bapanya, yang juga membimbing dan memantau Iskandar dalam menyampaikan lagu ini dengan lebih berkesan. Bimbingan dan nasihat daripada legenda muzik tanah air itu memberi impak besar terhadap mutu akhir karya ini.

Sebuah video lirik ‘’Sewatu Bahagia’’ telah dibuat penggambarannya dan akan dirilis di saluran YouTube Luncai Emas pada 25 Julai 2025 beserta audio rasmi di semua saluran digital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here