Menurut Needa (Paling Kanan) ,tujuan utama "Majlis Hari Raya Bersama Negarawan" ini adalah bagi mengenang seorang tokoh negara yang terlalu banyak jasa beliau kepada agama, bangsa dan negara.

Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Yusnidar Abdullah Ismail/Concorde Hotel,Kuala Lumpur

Negarawan yang terulung dan disayangi rakyat Malaysia, insan yang tidak pernah kenal erti penat atau lelah dalam memperjuangkan nasib orang Melayu, itulah insan hebat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi idola amnya rakyat Malaysia. Baru-baru ini diadakan majlis “Aidilfitri Bersama Negarawan” khas bagi merainkan Syawal bersama insan hebat ini.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa penuh barakah dianjurkan oleh seoarang wanita yang berjiwa kental iaitu Yusnidar Abdullah Ismail atau lebih mesra disapa Needa. Beliau merupakan mantan Ketua Negeri Proklamasi Orang Melayu, Wilayah Persekutuan dan kini bersama NGO yang banyak membantu usahawan-usahawan Melayu terutamanya wanita dalam mengukuhkan perniagaan mereka.

Tan Sri Jojo, tokoh usahawan terkenal tanah air (Batik Hitam) turut meluangkan masa menyambut ketibaan Tun M dan isteri tercinta Tun Dr. Hasmah sewaktu timba di Concorde Hotel, Kuala Lumpur

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, merupakan tokoh politik yang berani bersuara dalam membela negara turut hadir sebagai penasihat bagi menjayakan majlis yang luar biasa ini.

Dalam kata-kata aluan Khairuddin yang penuh semangat dan lantang, beliau menegaskan jasa tokoh negarawan yang diraikan ini terlalu banyak dalam membina sebuah negara yang maju dan dikenali serta dihormati di peringkat angtarabangsa.

Dalam ucapan Needa yang penuh puitis diselitkan pantun yang indah buat Tun M dan isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah,
“Seri pagi menyinar ceria,
Suasana mesra penuh harmoni,
Tun M dan Tun Hasmah permata berharga,
Sentiasa di hati rakyat sejati”.
“Pohon rendang daunnya rimbun,
Berteduh kita dari terik mentari,
Terima kasih atas segalanya Tun M & Tun Hasmah ,
Moga dirahmati hingga ke akhir nanti”.

“Tapi sayangnya Melayu mudah lupa dengan apa yang telah Tun M lakukan, bangsa Melayu terus leka dan jika ini berterusan kita akan terus dijajah,” kata Khairuddin penuh semangat.

Menurut Needa,tujuan utama “Majlis Hari Raya Bersama Negarawan” ini adalah bagi mengenang seorang tokoh negara yang terlalu banyak jasa beliau kepada agama, bangsa dan negara.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, merupakan tokoh politik yang berani bersuara dalam membela negara turut hadir sebagai penasihat bagi menjayakan majlis yang luar biasa ini.

Di samping meraikan bersama “Negarawan Terulung”, Tun M yang hampir mencapai usia 100 tahun tidak lama lagi iaitu pada 10 Julai akan datang. Majlis ini juga adalah peluang berharga untuk bersama-sama mengeratkan silaturrahim di bulan Syawal yang mulia ini terutama bersama insan yang sungguh istimewa ini.

Sumbangan yang luarbiasa Tun M kepada negara amat bermakna dan majlis ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa beliau kepada kita semua yang tidak ternilai harganya.

Datul Lat turut hadir beramah mesra bersama negarawan ulung Tun M bersama isteri tercinta Tun. Dr. Siti Hasmah.

Dalam ucapan Needa yang penuh puitis diselitkan pantun yang indah buat Tun M dan isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah,

“Seri pagi menyinar ceria,
Suasana mesra penuh harmoni,
Tun M dan Tun Hasmah permata berharga,
Sentiasa di hati rakyat sejati”.

“Pohon rendang daunnya rimbun,
Berteduh kita dari terik mentari,
Terima kasih atas segalanya Tun M & Tun Hasmah ,
Moga dirahmati hingga ke akhir nanti”.

Tokoh usahawan wanita Melayu terkenal, Datuk Seri Rozita Ramelan (Berdiri dua dari kiri) turut menyampaikan cenderahati buat Tun M dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah.

Saat yang ditunggu penuh sebak ucapan bagaikan pesanan dan harapan dari negarawan negara Tun M yang amat disayangi oleh semua.

“Kita dijajah beratus tahun, tapi kini kita dijajah secara halus dan sangat bahaya jika kita tidak sedar dan leka, kita terus menerus jual tanah pusaka dan segalanya kepada penjajah yang asalnya datang menumpang tapi akhirnya mereka tidak boleh terima kita sebagai “Tuan Rumah”, kita diangap oleh mereka sebagai tetamu pula, masih kita leka?” Kata Tun M sungguh kecewa

“Ini tanah kita, kita cuma ada tanah ini, jika semuanya tergadai kita mahu pergi ke mana dan apakah mereka akan layan kita seperti kita layan mereka sungguh istimewa ketika mereka awal-awal datang ke Tanah Melayu?” Kata Tun M lagi.

Penulis (Syed Wafa) diberi peluang oleh penganjur untuk temu bual secara eksklusif di atas pentas bersama negarawan negara Tun M.

Rata-rata tetamu yang hadir agak sebak dan terharu dengan apa yang disampaikan oleh tokoh negarawan ulung ini.

Majlis tertutup yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur ini hanya dihadiri oleh tetamu khas seramai 160 orang. Antara tetamu VIP yang hadir iaitu tokoh usahawan wanita Melayu terkenal, Dato Seri Rozita Ramelan dan suami Datuk Omar Mustapha, Hazree Mohd Turee, Abdul Jalil Maraicar, Izzath Izzudin, Dato’ Yaacob dan ramai lagi.

Antara tenaga kerja yang menjayakan majlis penuh gilang gemilang “Aidilfitri Bersama Negarawan”.
Tenaga kerja dari Concorde Hotel, Kuala Lumpur yang banyak membantu melancarkan majlis bersejarah ini.

Needa juga berharap majlis ini akan diadakan setiap tahun bagi mengenang tokoh negarawan hebat ini, kami di ladybosz sentiasa mendoakan semoga Tun M bersama isteri tercinta Tun Siti Hasmah sentiasa diberi kesihatan yang baik dah dirahmati oleh Allah SWT…Amin.

Needa juga berharap majlis ini akan diadakan setiap tahun bagi mengenang tokoh negarawan hebat ini.
Previous articleStacy bakal menghibur ‘orang kampung’ pada 21 Jun ini
Next articleBahayanya Tekanan Darah Rendah! (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here