Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang merasmikan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi baru-baru ini.

Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Starvendors

Berjiwa rakyat itulah rata-rata yang diluahkan oleh pengunjung ketika bertemu Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang merasmikan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi baru-baru ini.

“Kami amat berbesar hati dapat bertemu YB dan beliau tidak kenal erti penat melayan dan bergambar dengan pengunjung malah melayan kami dengan mesra dan ramah,” kata Zira Azhafis, 35 yang merupakan salah seorang pengunjung yang berpeluang bertemu dengan pemimpin yang beliau kagumi.

Walaupun agak sibuk dengan tugasan negara, Fahmi Fadzil tetap luangkan masa untuk bertemu pengunjung di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 .
Fahmi Fadzil beramah mesra dengan setiap peniaga di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi.

“Saya harap lebih ramai pemimpin seperti YB yang sudi bergambar dengan produk yang kami jual dan membantu mempromosi produk kami,” kata Shana, 42 yang merupakan peniaga di Starvendors KL Mega Raya 2025.

Festival selama 80 jam tanpa henti itu, berlangsung sejak Khamis dan berakhir Isnin lalu.

Fahmi dalam ucapannya berkata, beliau telah membincangkan beberapa perkara dengan penganjur untuk memeriahkan lagi festival berkenaan.

Fahmi Fadzil bergambar kenangan bersama antara peniaga dan penaja di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi baru-baru ini.
Beliau juga meluangkan masa melihat persembhan artis dalam majlis tersebut.
Aisha Retno turut menghiburkan tetamu VIP dan pengunjung.

“Saya amat berharap event seperti ini dapat membantu pengunjung untuk mendapat barangan untuk persiapan hari raya yang bakal tiba dengan banyak pilihan dan harga yang berpatutan serta memberi peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga di luar sana,” kata Fahmi bersungguh-sungguh.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat bazar dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung selain menyaksikan persembahan Aisha Retno dan Agy.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib serta Pengasas dan Pengarah Urusan Starvendors, Ifa Raziah.

“Saya amat berharap event seperti ini dapat membantu pengunjung untuk mendapat barangan untuk persiapan hari raya yang bakal tiba dengan banyak pilihan dan harga yang berpatutan serta memberi peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga di luar sana,” kata Fahmi bersungguh-sungguh

Karnival Starvendors kali ini berlangsung di venue baharu dengan jualan di kawasan tertutup yang beroperasi selama 24 jam sehari dan antara lain menawarkan pakaian, barang kecantikan, kuih raya serta dekorasi rumah manakala kawasan terbuka pula menempatkan gerai makanan yang beroperasi dari 3 petang hingga 6 pagi.

Lebih 50 artis dan pempengaruh menyertai festival itu sebagai vendor termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Vanidah Imran, Salina Saibi, Datuk Fizz Fairuz, Elyana dan Ramlah Ram.

Bergambar kenangan bersama mereka yang menjayakan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi baru-baru ini.
Previous article“Primadona” Nama Baru Restoran Puteri Pencala Yang Terus Memberi Sinar!
Next articleSky Kingdom & Lepak Pekan, rai anak yatim dan keluarga asnaf berbuka puasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here