Image by mdjaff on Freepik

Oleh : Asmat Fikri

Jenuh diet, berat tak turun juga. Ini puasa dan lebih separuh bulan, berat masih juga tak berganjak. Sedangkan pagi-pagi lepas sahur buat ‘briskwalk’ 10 km setiap hari. Tapi bila timbang, sedih! Berat tak berganjak walau 0.5kg.

Mungkin ramai wanita yang mengalami situasi seperti diataskan? Jenuh diet tapi hasilnya tidak memberangsangkan?. Kadang-kadang rasa nak putus asa juga, kenapa orang lain senang turun berat badan, malah makan apa pun tetap juga badan kekal kurus, langsing dan cantik!.

Inilah situasi yang ramai orang tak tahu. Berat badan boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Pada kita mungkin kita sihat. Tapi cuba lakukan pemeriksaan kesihatan? Kali ini kita akan membincangkan penyakit yang boleh dikaitkan dengan berat badan wanita iaitu tiroid.

Tiroid adalah penyakit yang merujuk kepada sebarang gangguan yang menjejaskan fungsi kelenjar tiroid, iaitu kelenjar berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher. Tiroid berperanan penting dalam mengawal metabolisme badan melalui pengeluaran hormon tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3).

 

Terdapat beberapa jenis penyakit tiroid, termasuk:-

1. Hipotiroidisme (Tiroid Kurang Aktif)

Kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon yang mencukupi. Metabolisme menjadi perlahan, menyebabkan simptom seperti keletihan, pertambahan berat badan, kulit kering, rambut gugur, dan sembelit. Jenis tiroid ini boleh menyebabkan badan naik secara mendadak dan susah untuk turun.

2. Hipertiroidisme (Tiroid Terlalu Aktif)

Kelenjar tiroid menghasilkan hormon berlebihan. Metabolisme menjadi terlalu cepat, menyebabkan simptom seperti penurunan berat badan, degupan jantung laju, tangan menggeletar, dan mudah berpeluh.

3. Goiter (Bengkak Tiroid)

Pembesaran kelenjar tiroid, boleh berlaku sama ada disebabkan oleh hipotiroidisme, hipertiroidisme atau kekurangan iodin.

4. Nodul Tiroid

Ketulan atau benjolan yang terbentuk pada kelenjar tiroid. Boleh bersifat jinak (tidak berbahaya) atau ganas (kanser tiroid).

5. Kanser Tiroid

Jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan bengkak pada leher, suara serak, atau kesukaran untuk menelan.

Foto kredit drannabelle.com

Hipotiroidisme dan berat badan

Menurut Dr Sri Vijnarajan melalui perkongsiannya di laman Doctor On Call, terdapat hubungan yang kompleks antara penyakit tiroid, berat badan dan metabolisme. Hormon tiroid mengawal metabolisme dalam manusia. Metabolisme ditentukan dengan mengukur jumlah oksigen yang digunakan oleh tubuh dalam jangka masa tertentu.

Sekiranya pengukuran dibuat ketika berehat, ia dikenali sebagai kadar metabolik basal (BMR). Tinggi BMR, penurunan berat badan dan rendah BMR, peningkatan berat badan.

Penyakit ini biasanya dirawat dengan pembedahan, terapi radioaktif, atau ubat hormon. Pesakit dengan hipotiroidisme akan menurunkan BMR. Tiroid yang tidak aktif secara umum dikaitkan dengan peningkatan berat badan.

Peningkatan berat badan sering lebih besar pada individu-individu yang mempunyai hypothyroidism yang lebih teruk. Walau bagaimanapun, pengurangan BMR akibat hypothyroidism biasanya kurang dramatik daripada kenaikan yang ketara yang dilihat dalam hipertiroidisme, yang membawa kepada perubahan yang lebih ringan dalam berat badan akibat tiroid yang tidak aktif.

Apa yang perlu diketahui juga, penyebab kenaikan berat badan dalam individu hipotiroid juga kompleks. Penyakit ini tidak selalunya berkaitan dengan pengumpulan lemak yang berlebihan.

Kebanyakan berat tambahan yang diperolehi dalam individu hipotiroid adalah kerana pengumpulan garam dan air yang berlebihan. Peningkatan berat badan secara besar-besaran jarang dikaitkan dengan hipotiroidisme.

# Ikuti artikel akan datang pada bahagian kedua berkaitan penyakit tiroid yang cukup menakutkan ini.

Previous articleVFive tak jemu hulur bantuan di dalam dan luar negara
Next articleCara atasi masalah sembelit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here