Sempena bulan Ramadan yang mulia, Tengku Hishammuddin (Paling Kanan) telah melakukan kerja amal dan sudi bertemu dengan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz di Rumah Anak Yatim Dah Tahfiz Al Habbah di Taman Jasa Utama, Sungai Tua, Baru Caves untuk merainkan mereka dalam majlis berbuka puasa dan solat berjamaah baru-baru ini.

Oleh: Syed Wafa

Jiwa mulia seorang insan bernama YM. Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj tidak dapat dipertikaikan lagi. Terlalu banyak kerja amal yang beliau lakukan secara peribadi atau bersama NGO dalam membantu masyarkat yang memerlukan perhatian.

Baru-baru ini Tengku Hishammuddin telah melakukan kerja amal dan sudi bertemu dengan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz di Rumah Anak Yatim Dah Tahfiz Al Habbah di Taman Jasa Utama, Sungai Tua, Baru Caves untuk merainkan mereka dalam majlis berbuka puasa dan solat berjamaah.

Beliau juga meluangkan masa beramah mesra dengan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz serta menyampaikan sumbangan untuk persiapan sempena hari raya yang bakal tiba.
Majlis yang penuh berakah ini turut dihadiri Presiden Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM), Datuk Nor Hasnal Hashmi bersama timbalannya, Datuk Shahzelan dan Dato Sazman yang merupakan Ahli Majlis Tindakan Pengguna Negara.

Tengku Hishammuddin yang terkenal berpengalaman yang luas dalam dunia korporat dan kepimpinan, serta reputasi yang cemerlang dalam menguruskan pelbagai inisiatif strategik yang telah memberikan impak positif kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia.

Dengan rekod pencapaian yang sungguh cemerlang dan memberangsangkan, beliau diiktiraf sebagai seorang pemimpin yang amat berwawasan di negara ini serta komited dalam memacu perubahan.

Selain itu, Tengku Hishammuddin juga adalah Pengasas Pertubuhan Amal THZ. Beliau telah aktif menyumbang dalam program amal, sumbangan dana, topeng muka, pelindung muka, pembersih tangan, makanan kepada masyarakat, komuniti, pelajar, universiti, kolej, barisan hadapan, hospital, pasukan polis dan tentera, keperluan khas, orang kurang bernasib baik, komuniti dan masyarakat.

Beliau juga adalah Penaung Pemuliharaan Wira Lautan iaitu satu gerakan dalam membantu mempromosikan pemuliharaan hidupan marin selaras dengan SDG14 Hidupan Di Bawah Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terutamanya ke arah pembasmian pemburuan, penjualan dan penggunaan sirip ikan yu, daging penyu dan telur termasuk hidupan laut lain seperti penyu, kepupusan ikan lumba-lumba dan dugong.

Atas pencapaian cemerlang, Tengku Hishammuddin Zaizi telah menerima Pingat Presiden daripada Presiden Mahmoud Abbas dengan kerjasama NADMA Malaysia dan diberi penghormatan untuk membuat ucapan di Ibu Pejabat UNESCO di Paris dalam mengiktiraf peranan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagaimana yang diperjuangkan oleh PBB.

Majlis yang penuh berakah ini turut dihadiri Presiden Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM), Datuk Nor Hasnal Hashmi (Berdiri paling kiri) bersama timbalannya, Datuk Shahzelan (Berdiri dua dari kanan) dan Dato Sazman (Berdiri dua dari kiri) yang merupakan Ahli Majlis Tindakan Pengguna Negara.
Previous articleLailatulqadar malam yang dinanti-nanti (Bahagian 1)
Next articleVFive tak jemu hulur bantuan di dalam dan luar negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here