Oleh: Syed Wafa
Pelakon terkenal tanah air Riezman Khuzaimi 54, berkata, kejadian beliau ditipu telah membuatkan dirinya diserang masalah ‘anxiety’ sehingga jatuh sakit.
“Saya amat tertekan sebab kes ini telah menjatuhkan reputasi saya sehingga saya diserang ‘anxiety’.
“Serangan ‘anxiety’ itu sangat teruk sehinggakan saya diserang penyakit ‘slip disc’ yang memerlukan rawatan yang berterusan,” kata Riezman kecewa.
Beliau yang mengalami stres yang teruk terus jatuh sakit macam itu. Dalam masa sama beliau kemurungan dan rasa marah sebab ditipu.

ditemui di perkarangan Mahkamah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Jumaat yang lalu.
Riezman meluahkan perasaan tersebut ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Jumaat yang lalu.
Justeru, pelakon filem ‘Baik Punya Cilok’ ini berharap keadilan akan berpihak kepadanya dan rakan kongsi yang sudah melabur hampir RM300,000.
Saya harapkan keadilan untuk kes ini supaya semua orang di luar sana tidak berdepan dengan isu ‘scam’ seperti ini.
Jadi, saya serahkan segalanya kepada undang-undang dan tengoklah macam mana nanti.
Terdahulu, Hakim Azrul Darus memutuskan untuk menangguhkan kes ini ke satu tarikh yang baharu bagi meneliti semula kesemua bukti yang dikemukan ke atas defendan.

Pada 14 Jun tahun lalu, seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengambil wang milik syarikat Mission Sight Sdn Bhd berjumlah RM237,370.
Ia bagi menguruskan konsert Goyang Asli Koplo Milenia tahun lalu namun tertuduh gagal berbuat demikian dan menggunakan wang terbabit bagi kegunaan sendiri yang mana wang diambil bukan miliknya.
Sebelum ini, Riezman sebelum ini mendedahkan dirinya mengalami kerugian kira-kira RM1 juta apabila ditipu konsultan yang menguruskan konsert anjuran pertamanya itu.
Riezman kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields bagi tujuan tindakan undang-undang.
Penipuan itu telah menyebabkan konsert yang dianjurkan telah tertangguh sebanyak tiga kali sebelum akhirnya berjaya dianjurkan pada 27 Januari 2024 bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.
“Saya amat berharap ada keadilan buat saya dan bagi mereka di luar sana jadikan pengajaran apa yang berlaku ini,” kata Riezman sebak .

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.