Set talam ayam golek yang enak!
Oleh : Nafsiah Jani
Waktu berbuka puasa adalah waktu yang paling ditunggu semua orang kerana waktu inilah seluruh keluarga akan berkumpul sambil menikmati hidangan yang disajikan. Tambahan pula jika mempunyai adik-beradik yang ramai pasti teringatkan memori saat berebut-rebut mengambil makanan yang terhidang di dalam talam (dulang)
Bila sudah dewasa dan masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga baru pasti merindukan suasana sebegini. Bergelak-ketawa sambil menikmati juadah berbuka puasa. Suasana ini bukan sahaja menyeronokkan malah suasana begini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kita adik beradik.
Bagi mengembalikan semula nostalgia sebegini, pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan mengambil kesempatan memperkenalkan semula suasana dan menggamit kembali kenangan serta keriangan berbuka puasa ini dengan memperkenalkan tiga Set Talam Istimewa Ramadan bermula 1 Mac lalu hingga 28 Mac ini dari jam 5 petang hingga 8 malam.
Set talam dengan pelbagai menu dan harga yang cukup berbaloi ini ialah Set Talam Sawah boleh dinikmati pada harga RM88 +, Set Talam Ayam Golek RM58+ dan Set Talam Laut RM68+. Jika anda membeli dua set talam pula, anda bakal mendapat hadiah percuma daripada pihak Restoran Rasa Rosz.
Kata Cef Bob Azran yang bertanggungjawab menyediakan hidangan Set Talam Istimewa Ramadan ini,“Hidangan yang terdapat dalam set-set talam ini mengikut set talam pilihan antaranya Set Talam Ayam Golek, Set Talam Udang Harimau Masak Lemak Berempah ataupun Set Talam Daging Bakar Harimau Menangis bersama kerabu mangga, ulam-ulaman, sambal belacan, air asam serta dua jenis sos.
“Bagi setiap set talam, pelanggan juga akan mendapat dua set nasi percuma berserta dua pilihan air iaitu air katira atau jagung. Setiap hidangan ini pelanggan boleh turut dihidangan dengan dua jenis kuih iaitu Bolognese Samosa dan Popia ayam. Dengan tambahan RM6 lagi anda dapat menikmati pemanis mulut Sea Coconut Longan ataupun Milky Peach.”
Selain set talam, terdapat juga menu pilihan lain untuk berbuka puasa. Antara hidangan yang ditawarkan ialah Chicken Wing Honey bersama sos pilihan sambal ataupun buttermilk, Bao Bao, Lontong Goreng, Satay ayam ataupun daging, popia ayam dan Bolognese Samosa.
Menu lain yang turut ditawarkan Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Beef Bolognese, Spaghetti Basil Pesto, Spaghetti Carbonara Creamy Mushroom, Asam Pedas (ayam/ ikan siakap /ekor), Sup (tulang/ ekor) dan pilihan Gulai Lemak (ayam/ daging).
Restoran Rasa Rosz, AEON Big Wangsa Maju juga menyediakan hidangan menu berbuka puasa pada harga berpatutan. Pada harga set A berharga RM48+, pelanggan boleh memilih hidangan Cucur Kakiage atau popia ayam bersama tiga pilihan menu iaitu Asam Pedas Ayam, Ayam Percik ataupun Gulai Kawah Tulang. Pencuci mulut istimewa Milky Peach atau Sea Cocunut Longan pula dapat dinikmati dengan tambahan RM6 lagi.
Bagi Set B yang berharga RM65+, pelanggan boleh memilih hidangan Cucur Kakiage atau popia ayam bersama tiga pilihan menu iaitu Udang Harimau Masak Lemak Berempah, Gulai Kari Ikan Tenggiri ataupun Daging Bakar Harimau Menangis. Pencuci mulut istimewa Milky Peach atau Sea Cocunut Longan juga dapat dinikmati dengan tambahan RM6.
Selain Set A dan Set B, terdapat juga menu pilihan lain untuk berbuka puasa. Antara hidangan yang ditawarkan ialah Satay (ayam/daging), Chicken Wing Honey bersama sos pilihan sambal ataupun buttermilk, Lontong Goreng, Popia Ayam, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Spaghetti Beef Bolognese, Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom, Asam Pedas (ayam/aaging), Sup Tulang dan Gulai Lemak Ayam.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Bagi yang ingin membuat tempahan untuk berbuka puasa bersama keluarga, orang tersayang atau rakan-rakan sila hubungi Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau hubungi 013-8082772 (call/ whatsapp). Manakala untuk tempahan Restoran Rasa Rosz, lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya boleh hubungi 012-8217714.
Previous article“Jom Raya” Daiyan Trisha gabung moden dan tradisional
Next articleSebaknya…Dahliati tunaikan impian sebelum Zaiton Sameon menutup mata!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here