HASHIMAH Yon antara seniwati pujaan ramai pada era kegemilangan filem Melayu pada tahun 1956-1963.
Oleh: SYED WAFA
Foto: KOLEKSI SYED WAFA
APABILA sebut nama seniwati Hashimah Yon, pasti para peminat filem Melayu era 1950-an akan teringat filem “Nujum Pa’ Blalang” lakonannya sebagai Puteri Si Bujur Sirih yang jatuh cinta pada Pa’ Blalang (P. Ramlee), Ahli Nujum Negara.
Walaupun filem terbitan tahun 1959 arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu adalah filem ke-13 lakonannya namun filem ini dikatakan telah melonjakkan nama beliau sebagai seniwati hebat sebaris dengan seniwati-seniwati Studio Jalan Ampas ketika itu.
HASHIMAH Yon sebagai Teratai dan Jins Shamsuddin sebagai Suria Kenchana bertemu jodoh dalam filem “Pancha Delima” arahan P. Ramlee terbitan tahun 1957.

Memiliki wajah cantik dan diberi gelaran seniwati paling seksi,  watak Puteri Si Bujur Sirih ‘ditangan’ Hashimah Yon telah melahirkan seorang pelakon hebat dan berbakat.

Hashimah Yon bukan sekadar boleh berlakon malah beliau berbakat sebagai penari disamping memiliki suara yang enak didengar sebagai penyanyi.
FILEM “Gergasi” arahan Dhiresh Ghosh terbitan tahun 1958 mengandingkan Hashimah Yon sebagai Mutiara dan Aziz Jaafar melakonkan watak Guntur.
Turut berlakon dalam filem ini Seniman Haji Mahadi (Rahman) dan Rokiah Jaafar sebagai Manis dan Pontianak.
SELAIN berpasangan dengan P. Ramlee, Hashimah Yon juga sering digandingkan dengan Seniman Ahmad Mahmud dalam filem-filem lakonannya antaranya “Puteri Gunong Banang” pada tahun 1959.

Bersandarkan bakat yang dimiliki, P. Ramlee bukan sahaja memberi Hashimah Yon sebagai watak utama dalam filem berkenaan malah Hashimah Yon yang memiliki suara yang ‘sedap’ didengar diberi kepercayaan berduet dengan beliau dalam lagu “Kalau Kaca Menjadi Intan.”

Lagu duet ini diabadikan ketika babak “Puteri Si Bujur Sireh” bertemu Pa’ Blalang di taman istana pada waktu tengah malam kononnya untuk mengubat ‘penyakit ganjil’ puteri berkenaan.
SEBAGAI Puteri Si Bujur Sireh dalam “Nujum Pa’ Blalang” Hashimah Yon bukan sahaja mempamerkan bakatnya sebagai pelakon malah beliau juga mempunyai suara yang ‘sedap’ didengar dan P. Ramlee berduet dengannya dalam lagu “Kalau Kaca Menjadi Intan.”
BABAK romantis…dalam filem “Nujum Pa’ Blalang”pertemuan antara Ahli Nujum Negara, Pa’ Blalang dengan Puteri Si Bujur Sireh di taman istana.

Sejak itu, satu demi satu filem dilakonkan beliau antaranya “Sumpah Wanita, Megat Terawis dan Sri Tanjung” (1960).

Sementara itu pada tahun 1961, Hashimah Yon, 84, berlakon dalam dua filem iaitu “Singapura Dilanggar Todak dan Seniman Bujang Lapok.”
FILEM “Sri Tanjung” arahan Jamil Sulong terbitan tahun 1961, sekali lagi menemukan Hashimah Yon dengan Ahmad Mahmud.

Meskipun Hashimah Yon atau nama sebenarnya Hashimah Mohd. Leon, dikatakan Seniwati seksi dan berbakat tetapi setelah filem ke-20, beliau terpaksa meletakkan noktah pada kerjayanya sebagai Seniwati hebat Studio Jalan Ampas apabila beliau diboikot para artis dari syarikat tersebut ketika itu.

Adalah difahamkan semuanya berpunca apabila Hashimah Yon yang berusia 22 tahun ketika itu berkahwin dengan bekas abang iparnya, Kaswan Yusak, 31, pada Julai 1964.
PADA ‘zaman popularitinya,’ Hashimah Yon sering dipilih sebagai ‘cover girl’ majalah hiburan antaranya Majalah Filem.

Perkahwinannya dengan Kaswan Yusak adalah yang kedua buat Hashimah Yon kerana sebelum itu beliau pernah berkahwin dengan Musa Hussain pada Disember 1962.

Disebabkan berkahwin dengan bekas suami kakaknya, Seniwati Rahmah Yon, 15 orang artis Malay Film Productions menghantar surat kepada pihak Shaw Brothers agar menamatkan kontrak beliau sebagai seniwati Studio Jalan Ampas.
BERTEMU jodoh dengan bekas abang iparnya, Kaswan Yusak…akhirnya Hashimah Yon diboikot dan kontraknya dengan Shaw Brothers ditamatkan.

Bagi memastikan para pelakon dibawah naungannya tidak dilanda publisiti negatif, Shaw Brothers terus menamatkan kontrak Hashimah Yon yang mana tindakan ini membuatkan beliau tidak puas hati kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Bagi Hashimah Yon tindakan mereka tidak bijak kerana hal peribadi atau perkahwinan tidak tertulis dalam syarat-syarat kontrak.
BAGAIMANAPUN setelah 25 tahun menyepikan diri dari dunia filem, tiba-tiba Hashimah Yon muncul semula apabila Ahmad Fauzee selaku pengarah filem “Kolej 57,” mengundang beliau berlakon dalam filem berkenaan.

Dengan pemecatan itu, filem “Budi dan Dosa” arahan Allahyarham Datuk Jamil Sulong terbitan tahun 1963 adalah filem terakhir lakonan Hashimah Yon. Turut berlakon dalam filem itu adalah Jins Shamsuddin, Zaiton, Kuswadinata, Zainon Fiji dan Haji Mahadi.

Bagaimanapun setelah 25 tahun menyepikan diri dari dunia filem, tiba-tiba Hashimah Yon muncul semula apabila Ahmad Fauzee selaku pengarah filem “Kolej 57,” mengundang beliau berlakon dalam filem berkenaan.
HASHIMAH Yon menerima undangan U-Wei Haji Saari untuk berlakon dalam filem arahannya “Black Widow- Wajah Ayu” dan ia merupakan filem terakhir lakonan beliau.

Selain Hashimah Yon, turut berlakon dalam filem berkenaan antaranya Seniman Yusof Latiff, Omar Suwita, Kemat Hassan, Ahmad Sabri, K. Fatimah, S. Shamsuddin dan Mariani.

Enam tahun kemudian, Hashimah Yon menerima undangan U-Wei Haji Saari untuk berlakon dalam filem arahannya “Black Widow- Wajah Ayu” dan ia merupakan filem terakhir lakonan beliau.
PADA usianya 84 tahun, Hashimah Yon tetap tampak menarik dengan berbaju kurung moden.

Melalui filem ini, Hashimah Yon, ibu kepada tiga orang anak merupakan calon tertua dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-12 (FFM-12).

Hari ini, pada usianya 84 tahun, Hashimah Yon masih sihat dan menetap di Singapura. Kami di Ladybosz mendoakan seniwati legenda Hashimah Yon sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah SWT…Amin.
PENULIS, Syed Wafa merakamkan memori indah bersama Seniwati Legenda Hashimah Yon ketika berjumpa tidak lama dulu.
Previous articleAyai Illusi tolak publisiti murahan!
Next articleInilah Ramadan…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here